Saturday, September 28, 2013

When I put on my niqab....

Bulan lepas kami ke Lulu hypermarket di Batha. Di sana tiba-tiba tergerak nak beli niqab di salah satu kedai abaya di sini. Walaupun ada satu di rumah, tapi kali ini tergerak nak beli satu niqab yang simple, yang senang dipakai. So, saya pun beli lah sehelai yang berharga SAR 10. Konon-kononnya nak berangan pakai nant. Bila sudah duduk di Saudi ni kan, tanyalah expat's wife di sini...most of them mesti ada satu dua stock niqab di rumah...dan at least mereka akan cuba untuk pakai keluar rumah...atau paling kurang pun, pakai untuk ambil gambar (seperti gambar profile blog saya...hahaha)..so I just act normal as others, isnt it?



The next two weeks, kami pergi lagi beli barang di Lulu hypermarket ( ya memang kami tidak ada tempat lain nak bershopping...heheeh) hati ini tetiba terasa untuk pakai niqab...sungguh hanya untuk cuba-cuba...saja nak rasa pengalaman berniqab...iyalah bila lagi, nak-nak bila dah berada di Saudi, berniqab bukanlah suatu yang ganjil, lain trend nya bila berada di Malaysia nanti....tapi di sini, kalau tak berniqab dan kamu pergi ke tempat-tempat tertentu seperti di Hara, Batha, Dirrah atau di bandar-bandar kecil...ianya mungkin suatu yang ganjil...pandangan kaum lelaki akan tertumpu pada kamu...terutamanya di tempat-tempat ini memang ramai dari bangladesh, pakistan, India yang masih bujang, atau yang berkahwin tapi isteri masih di kampung mereka...( u know what I meant, kan)...dan hampir semua kawan-kawan saya dari India menjadikan niqab
suatu yang mesti dipakai bila keluar....


Pengalaman pertama pakai niqab, MashaAllah...pada saya yang punya lung capacity yang lemah, memang susah sangat...tercugap-cungap dari dalam taxi lagi bila nak bernafas...hahaaha...dah macam gaya orang semput pulak...saya curi-curi bukak kejap-kejap...bila sampai, kami ke restoran pizza jap..isi perut...di Saudi, kebanyakan restoran memang ada family section...dan ia tertutup samada dengan langsir atau room partition...so tak susah...just bukak aja niqab bila hendak makan...selesa sangat...





Dah kenyang, pakai balik niqab baru masuk mall untuk bershopping...saya pergi shopping ya kawan-kawan...di mana tempatnya berbumbung dan berhawa dingin...tapi entahlah kenapa masih susah sangat nak bernafas...rasa macam sesak sangat...time tulah rasa nak give up...mungkin pada orang lain, mudah...tapi bukan pada saya...bukan mengada-ngada...tapi kalu waktu tengah tidur pun, saya jenis tak reti selubung dengan selimut...mesti sesak nafas...hahaha...as I said, small lung capacity kot...

Setiap 2-3 minit, saya mengipas kasi udara aircond masuk...sangat tidak selesa, kemudian bagitahu suami rasa macam nak bukak...suami pujuk suruh tahan...dia tunjuk semua wanita berniqab di situ kat saya, cakap kalau mereka semua boleh, saya pun boleh...nak tak nak tahan ajalah lagi....tapi, Alhamdulillah bila dah tekad nak teruskan, sejam lepas tu dah mula rasa selesa...sampai ke balik saya terus berniqab...

Selepas itu, kalau nak pergi shopping saya sudah mula selesa dengan berniqab...terasa freedom...especially bebas dari pandangan mata orang-orang laki di sini....tapi still saya akan tengok tempat bila untuk berniqab dan tidak...tidak semua tempat saya akan berniqab...dan terus terang saya masih belum kuat lagi untuk berniqab sepenuhnya...keinginan memang ada, tapi saya belum bersedia...dari awal mula-mula datang suami sudah lama menyebut yang dia suka bila saya berniqab...tapi saya masih buat tidak tahu...lama-lama jadi segan pun ada..at least in this place, why not if I don't give a try...bila post my picture to facebook, Alhamdulillah rupanya ramai yang berkeinginan untuk berniqab...ianya bukan lagi suatu persepsi hanya yang 'alim-alim' sahaja akan berniqab...moga suatu hari nanti di Malaysia juga akan menjadikan niqab suatu pakaian yang suka dipakai oleh kaum wanita di sana..seperti di sini...Aamiin...

She, who doesn't know the meaning of friendship



Kawan datang, kawan pergi...

Berubah status, berubahlah persahabatan itu,
Berubah pangkat, berubahlah kasih sayang itu,
Perkhabaran hanya ditunggu, ditunggu dan terus menunggu,
Akhirnya senyap tanpa khabar berita darimu,
Sekali timbul, telah berubah kehidupanmu

Kini barulah aku mengerti,
Kenapa sahabat senyap selama ini,
Bahagia dia sedang menanti,
Tidak perlu persahabatan lagi...

Esok lusa kami bertemu jua,
Jangan bimbang, akan aku peluk cium mu seperti biasa,
Hati sakit akan aku lupa,
Dengar kau bergelak tawa,
Seperti tiada apa-apa berlaku antara kita

Tidak mengapa, akan aku kenang kisah lama kita,
Susah senang, ketawa menangis bersama,
Aku faham, kau sudah ketemui keluarga bahagia,
Di depan Kaabah akan aku doa kekal selamanya.

Wahai hati, setiap apa yang kau lakukan, belajarlah untuk semata-mata kerana Allah ta'ala...
Lillahi Ta'ala....Lillahi Ta'ala....Lillahi Ta'ala...

( tulisan di atas adalah ketika beremosi, tulisan di bawah adalah ketika emosi stabil)

Seumur hidup, tak pernah tulis puisi bagai ini semua...waktu bercinta pun tak reti nak bermadah- madah...yang pandai, copy n paste ayat dalam internet send kat suami..senang..abis cerita...hari ni tetiba beremosi lebih, itu yang terhasil puisi...tengoklah betapa kuatnya persahabatan sampai si Farah ni yang tak pandai berpuisi boleh pulak berpuisi...dah habis tulis, baca balik...tergelak sakan...tulis tgh ada feel, bila baca rasa tak ada feel langsung...hahahaha....tajuk omputih, isi ke melayu jugak....nasiblah kau Farah...nak berpuisi sangat kan...