Saturday, March 23, 2013

Umrah (March 2013)

Ha kan dah kata saya memang pemalas nak update blog...bg lah alasan apa pun...kalau dah malas tu..malas jugaklah kan...huhuhu Sebenarnya, saya baru balik dari umrah minggu lepas, pastu kesihatan yang sangat tidak mengizinkan lepas balik dari umrah tu terpaksa saya kuburkan hasrat nak update blog tersayang saya ini (alasan lagi kan!!!) Banyak sangat yang ingin diceritakan sepanjang umrah kami. Bertemu dengan macam-macam ragam orang. Jemaah umrah kali ini tersangat ramai sebab di Saudi sekarang sedang musim cuti sekolah.

Pada 14hb Mac yang lepas, saya dan suami pergi menunaikan umrah. Alhamdulillah Allah izinkan lagi kami jejak ke rumahNya di sana. Sungguh saya tidak pernah terfikir akan kembali ke sana lagi bila suami dapat offer kerja di Malaysia hujung tahun lepas. Saya agak sedih hanya memikirkan yang saya tidak dapat ke Mekkah lagi. Lebih-lebih lagi keinginan hendak mengerjakan haji pada tahun ini sangat kuat. Tapi semuanya ketentuan Allah. Allah gerakkan suami saya lagi untuk teruskan kariernya di Riyadh. Maka, kami dipanggil lagi olehNya untuk ke Mekkah. Alhamdulillah.

Buat pertama kalinya kami ke Mekkah menaiki kapal terbang. Sebelum ini, kami ke Mekkah dengan bas dan kereta. Boleh baca di sini  pengalaman saya tahun lepas. Flight kami landing di Jeddah dan kami menaiki teksi ke Mekkah. Perjalanan hanya sejam setengah ke Jeddah. Dan dari Jeddah ke Mekkah hanya sejam perjalanan. Tambang teksi hanya SAR50 seorang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan Allah permudahkan segala urusan kami. Pemandu teksi kami berhentikan kami di bawah tunnel berdekatan dengan Masjidil Haram. Hanya naik elevator ke atas, kami sudah pun sampai ke Masjidil Haram. Masa itu jemaah tengah bersiap-siap untuk solah Asar. Hotel kami hanya beberapa meter dari Haram. Kami terus ke hotel, check in dan cepat-cepat kembali ke Haram untuk Asar dan ibadah umrah.


Surrounded by desert...

mabuk...tp masih mampu tersenyum..heheh...naik bus/keta ke Mekkah x plak mabuk...haish...
Walaupun kali ini adalah kali ketiga saya mengerjakan umrah sepanjang saya berada di Saudi, ummat manusia kali ini tersangatlah ramai. Mengerjakan tawaf yang selalunya hanya mengambil masa 20 minit untuk selesaikan, kini kami terpaksa tempuh masa selama sejam. Setiap pusingan kami mula tersekat apabila tiba di permulaan tawaf (di penjuru Hajar Aswad). Alhamdulillah kami selesaikan juga tawaf walaupun berasak-asak manusia datang. Sebelum solat maghrib kami terus ke Saie. Kami hanya sempat buat 2 pusingan sebelum berhenti untuk solat maghrib. Seusai solat maghrib kami teruskan lagi ibadah saie sehingga complete 7 pusingan. Kami bertahlul di bukit Marwah dan tunggu hingga solat isyak sebelum pulang ke hotel. Kali ini kami mengambil masa selama 4 jam lebih untuk selesaikan ibadah umrah kami. Walaupun letih sebab tak makan dari pagi tapi syukur sangat-sangat Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah.

my perfect match...Alhamdulillah Allah pertemukan dengannya...
Balik hotel, saya dah tak larat nak cari food untuk makan. Hubby aja yang keluar cari food. Pukul 10.30 malam dah tutup lampu prepare nak tidur. Set alarm pukul 3 pagi. Sepanjang malam saya tak dapat lelapkan mata. Letih plus excited nak pergi Haram. Kejap-kejap tengok jam. Last-last pukul 2.30 pagi saya bangun dan mandi. Kejut hubby ajak pergi Haram....with hesitation, mamai-mamai tengah tidur, dia  tetap turutkan permintaan bini dia. Lebih kurang pukul 4 pagi kami dah berada dalam haram. Keadaan masih lengang. Subuh bermula pukul 5.15 pagi. Seperti biasa saya akan cari jemaah dari Malaysia untuk duduk di sebelahnya. Rindu nak jumpa dengan orang melayu kita. Hehehe. Saya terjumpa dengan 3 orang makcik. Beg sandang mereka dari Andalusia Travel Agency. Saya tahu mereka dari Malaysia. Saya duduk di sebelahnya. Mereka hanya senyum dan teruskan berzikir dan membaca quran. Saya buka phone dan baca quran dari phone saya. Kemudian datang pula jemaah dari Indonesia. Duduk disebelah kiri saya. Saya hanya senyum dan teruskan baca quran. Jemaah dari Indon tegur saya tanya "kamu baca quran itu dari bluetooth ya?"...saya tak faham...dia tunjuk phone saya. Saya tersenyum dengar mereka tanya soalan itu "tidak ibu, ini saya download dari internet..."...mereka hanya ohhhh saja...sambil mata terkebil-kebil lihat phone saya. Entah faham, entah tidak. Alahai mereka mungkin sebaya dengan ibu saya. Ibu saya pun pelik tengok saya baca quran dari phone. Kami borak sikit-sikit sebab saya tanya dia...dia tak faham...dia tanya saya, saya lagi tak faham. Pekat sungguh dialek bahasa mereka. Akhirnya, makcik dari Malaysia sebelah kanan saya tegur saya. Tanye dari mana, bila datang, bila balik. Soalan yang normal ditanyakan bila berjumpa dengan jemaah umrah di Mekkah. Terubat rindu saya pada ibu bila dapat borak dengan mereka. Salah seorang makcik tu bercerita yang dia ada penyakit gout. Kalau di rumah 2-3 hari mesti sakit ni datang menyerang kalau dia banyak berjalan. Tapi Alhamdulillah di Mekkah, Allah beri kesihatan padanya. Dia tidak diserang gout langsung sepanjang ibadahnya di sana. Kuasa Allah. Allah yang panggil mereka datang ke sana, Allah jualah yang akan lindungi mereka. Allahu Akbar!.

Situasi selepas subuh...Masjidil haram dibanjiri oleh ummat Muhammad...Alhamdulillah...
Seusai solat subuh, kami ke hotel untuk breakfast. Pukul 6 pagi. Orang tersangat ramai di breakfast hall. Pelbagai bangsa. Tiada tempat duduk. Niat di hati ingin menyelit mana-mana tempat duduk yang kosong. Ramai antara mereka yang tidak izinkan kami kongsi meja dengan mereka. Privacy kononya. Akhirnya, pusing punya pusing, Alhamdulillah kami dapat tempat duduk. After breakfast, balik ke hotel dan berehat sekejap sebab sepanjang malam saya tak dapat tidur. Kami planning nak ke Haram semula pukul 11.30 am sejam sebelum solat Jumaat. Kami biasanya pergi sejam atau dua jam lebih awal ke Haram sebelum waktu solat bermula untuk elakkan dari kena solah di luar masjid. Tanggapan kami sempatlah sebab hotel kami hanya lebih kurang 100-200 meter dari Haram. Rupanya!!!!!...bila kami turun dari hotel, kami lihat orang ramai dah bentang sejadah dari dalam koridor bangunan clock tower itu lagi. Saya terkejut. Hubby cakap dorang memang sengaja nak solah kat situ. Keluar aja dari bangunan itu, rupanya jemaah dah berhimpun di luar masjid. Pintu masjid dah ditutup sebab jemaah dah penuh. Sedih nya rasa hati. Terpaksa solah di luar masjid. Ianya berbeza sekali dengan situasi saya ke Mekkah pada tahun-tahun lepas. Sekali lagi saya mencari jemaah dari Malaysia. Semuanya  hilang. Disiplin sungguh orang Malaysia ini. Saya kagum. Mesti mereka ke Haram awal-awal lagi. Sedih lagi rasa hati. Akhirnya, saya menyelit ke jemaah Indonesia. Dia tersenyum dan kongsikan sejadahnya dengan saya. Alhamdulillah.

Tiada rezeki utk solah di dalam masjid...
feeling so sad...next time kena datang awal ya, cik farah!!!
Habis aja solah jumaat, kami pulang ke hotel dan cari food untuk lunch. Rehat sekejap aja kat hotel kemudian jam 2.30 petang pergi semula ke Haram untuk tunggu solah Asar. Kali ini di masjid saya duduk seorang-seorang. Hubby duduk di tempat jemaah lelaki. Sengaja untuk saya duduk seorang kononya nak baca quran. Belum sempat saya buka quran, datang jemaah dari Malaysia duduk di sebelah saya. Umur agak sebaya dengan saya. Dia tanya saya, Malaysia?...Saya angguk dan senyum. Kemudian soalan yang biasa ditanyakan oleh semua jemaah. Kami bertukar-tukar pertanyaan. Sangat lembut orangnya. Dalam kami berbual datang pula seorang lagi yang agak sebaya juga dengan kami. Lagi sekali bertukar soalan standard sesama kami. Habis solah asar, kawan sebelah saya minta izin untuk beredar. Tinggal lah kami berdua sahaja. Kawan baru saya ini minta saya ambilkan gambarnya. Disuruh ambil gambarnya dengan tiang dan siling masjid. Katanya dia suka dengan senibina masjid ini. Saya hanya angguk sahaja. Kemudian dia cerita lagi, clock tower di luar sana itu adalah hasil sentuhan salah satu orang melayu kita. Saya pun tak tahu tentangnya. Tambah dia lagi, orang yang reka senibina itu adalah kawannya. Saya kagum. Tanpa ditanya dia teruskan cerita yang dia dan suami dia pun arkitek juga. Itu yang dia suka sangat dengan senibina ini. Ok. No doubt dia cerita semua itu. Tanpa ditanya lagi, dia beritahu saya yang dia belajar di UK Bahagian northern. Sangat mencabar duduk di sana. Cuaca sangat sejuk. Kemudian dia pindah ke Oxford pula sebab apa saya pun tak tahu. Saya sudah gelisah.  Saya ingin teruskan baca quran. Tak pun saya ingin ke suami saya untuk sama-sama baca quran. Tapi dia tetap seronok bercerita kisah hebatnya yang macam tiada kesudahan. Dari satu rakan ke satu rakan dia yang berjaya dia ceritakan pada saya. Astaghfirullah. Allahu Akbar. Tidak sedar ke dia yang kami sedang berada di rumah Allah. Kami datang dari jauh untuk beribadat. Ruginya kalau disia-siakan masa bercerita hal dunia yang dibanggakan sangat olehnya. Allahu Akbar. Saya memohon keampunan dariNya. Akhirnya saya tidak tahan gelisah. Gelisah kerana saya rasa bersalah untuk bercerita tentang kejayaan kita di dunia di dalam masjid. Saya minta izin untuk pulang ke hotel dulu. Terus saya salam dan beredar.

Macam-macam kan ragam orang yang boleh kita jumpa. Apa-apa pun kita kenalah perbetulkan niat sebenar untuk ke sini. Kita habiskan banyak duit dan terpaksa ambil cuti semata-mata untuk menyahut panggilan Allah ke rumahNya ini. 2 minggu kita di sana akan berlalu sekelip mata. Gunakanlah sebaik-baiknya masa tersebut.

Saya sambung lagi pada entry yang lain ye...sekarang Riyadh tengah hujan, berserta dengan guruh dan kilat. Jarang-jarang berlaku di sini. At least, terubat juga dengan tanah air bila dengar bunyi air hujan.

Till we meet again, My blog!!!!

Nighty-nite. Assalamualaikum!