Sunday, March 3, 2013

Hablul Minannas (relationship between peoples)- peringatan untuk diri sendirii

Memang agak susah untuk saya menulis/membincangkan mengenai hubungan sesama manusia. Saya masih lagi berusaha menjaga hubungan saya dengan Pencipta (Hablul MinaAllah) dan akan terus berusaha. Tapi tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ini tergerak pula hendak tulis mengenai hubungan sesama manusia.. Dunia kini semakin hari semakin mencabar terutama dengan desakan ekonomi, kerjaya, humanity right especially jenayah dan perang sana sini, menyebabkan kita sedikit demi sedikit kurang menjaga hubungan kita sesama manusia.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam Syurga dan menjauhkanku dari Neraka”. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan menjalinkan silatur rahim”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


OUT OF SIGHT-OUT OF MIND. Sesetengah daripada kita lebih suka hubungan kita sesama manusia sebegitu. Kalau di depan mata baru kita bertanya khabar berita, hilang di mata, hilanglah dari ingatan kita. Ianya lebih mudah begitu mungkin kerana kita sibuk dengan urusan peribadi kita atau kita rasa sudah cukup bahagia dengan keluarga yang kita ada. Ditemani anak-anak dan suami/isteri yang membahagiakan. Tidak perlu saudara mara atau teman-teman yang lain.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur di kelilingi suami yang sentiasa disisi. Keluarga yang sentiasa beri kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya juga di kelilingi oleh teman-teman rapat yang sering bertanyakan khabar berita. Tapi jumlahnya tidaklah ramai. Saya rasa itu adalah normal

Saya akui ramai teman-teman saya yang sudah terputus hubungan. Tapi itu tidak bermakna kami bermusuh. Faktor masa, umur dan status (berkeluarga/kerjaya) menjadi sebab kami terputus hubungan. Namun facebook menjadi pengikat tali silaturrahim kami semula. Namun hubungan itu tidak lagi semeriah dulu. Saya juga rasa itu adalah normal.

Reciprocal dalam persahabatan bagi saya sangat penting. Maksudnya, saling memberi dan menerima. Penting  untuk menjaga silaturrahim itu kekal selamanya. Kalau sebelah pihak sahaja yang bertanyakan khabar berita, pihak yang lain hanya tahu menjawab dan tiada minat dan prihatin untuk meneruskan perbualan, maka hubungan itu akan terputus begitu sahaja. Tanpa kita sedari. Seolah-olah tiada topik lain untuk dibincangkan. Dalam hal ini, tiada istilah 'menjalinkan silaturrahim' seperti yang disebut dalam hadith Rasulullah di atas.

Sesetengah manusia juga mengeratkan silaturrahim bukan kerana Allah tapi kerana kepentingan mereka. Tiada lagi keikhlasan dalam tolong menolong sekiranya orang yang ditolong tiada kepentingan dalam hidup mereka.  Saudara mara, adik beradik dan kawan-kawan dibiarkan dalam kesusahan kerana sentiasa mementingkan urusan dunia mereka yang tak pernah habis. Kalau orang yang terdekat pun diabaikan apatah lagi saudara seislam kita yang sedang berperang, kan?

Saya agak sedih kalau membincangkan mengenai peperangan di Syria, Palestine atau Burma. Siapa mereka? Kenapa peperangan terjadi? Apa yang boleh kita lakukan? Pergi sana untuk berperang? Kalau semua pertanyaan ini tidak terlintas dalam pemikiran kita, disebabkan kita sibuk, sibuk dan sibuk dengan hal dunia kita sendiri, siapa yang akan titipkan doa untuk mereka. Ya kita memang tidak akan ke sana untuk bantu perang bersama-sama mereka, tapi sumbangan wang dan doa amatlah diperlukan oleh mereka...hakikatnya, ramai lagi yang 'blur' mengenai apa yang berlaku di sana, dan mereka tidak tahu siapa mereka yang diperangi, usahkan disuruh boycott, malah tanpa segan silu mereka tulis di facebook "teragak nak makan McD"..."enjoy our dinner at McD"....Allahu Akbar...


Seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.                             (Bukhari dan Muslim)

                                                                                                                       
Menjaga hubungan dengan Allah itu sangat penting. Sangat-sangat penting. Ianya adalah keutamaan dalam setiap apa juga kita lakukan. Semata-mata kerana Allah. Jangan lupa solat, zikr, puasa, sedekah dan amal-amal ibadat yang dituntut olehNya. Namun hubungan kita dengan manusia janganlah diabaikan terutama Allah jadikan kita sebagai khalifah di bumi ini memerlukan pertolongan sesama insan. Semoga Allah memberikan keampunan pada kita semua. Aamiin.


"Sesugguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu peroleh rahmat"
                                                                       ( Surah Al Hujrat:10)




Ehh...saya ada blog lah!!!

Rupanya sudah setahun lebih tak update blog kesayangan ni...kesayangan ke?...hahaha...orang ada blog, dia pun nak ada blog...tapi malas nak menghapdet...haish...adakah saya telah melupakan blog saya ini. Tidak...saya tidak lupa. Cuma malas rasanya nak update blog even memang banyak idea nak tulis kat sini. Mungkin bukan blog ini yang saya lupa tapi laptop red heart saya yang dulunya sangatlah saya sayang, kini dibiar-biarkan tak berusik langsung. Sampaikan kalau nak switch it on pun kena guna battery charger. Inilah akibatnya kalau dah nak dekat 3 bulan laptop saya tak berusik. Sebab apa? sebab saya dah ada galaxy note...sebab itulah saya tidak perlukan laptop lagi. Seriously kalau kamu semua ada smart phone, mesti kamu pun macam saya kan...hehehe...

Beberapa tahun yang lepas (sebelum hubby belikan note), saya gunakan laptop untuk segala-galanya especially untuk update blog, main plant vs zombie/scrabble, watch movies, etc. Tapi sejak ada note, tengok Running Man atau cerita-cerita korea/malay/english pun guna note. So, bilanya nak guna laptop red heart saya ni? hmmm...Itulah antara alasan yang saya tak update blog setelah SETAHUN lebih!!!...


Inilah ghupa laptop red heart saya yang makin lama makin dilupai...ohhh...I sgt kejam!!!

Blog saya sekarang sudah pun berusia lebih kurang 4 tahun. Saya mula-mula tulis blog sejak saya duduk di Singapore 3 tahun yang lalu. Itupun saya yang pujuk suami saya untuk belikan mini notebook red heart saya ini dengan alasan nak cuba-cuba untuk berblogging...guna mini notebook ni tersangatlah handy nak bawak ke mana-mana pun....baik punya alasan kan???..Ya...itu semua hanyalah alasan...the truth fact is, saya memang pemalas...tulis ikut mood yang hanya datang 5-6 bulan sekali...hahah...teruk...teruk...teringat pulak birthday saya masa form 2 or form 3...along saya hadiahkan diari untuk saya, time tu excited nak tulis macam-macam, tapi akhirnya hanya 15-20 pages saja saya guna....then lesap!!!

Kemudian saya berpindah pula ke Riyadh, KSA. Then saya cuba-cuba lagi untuk 'menghidupkan' blog saya yang sudah 2 tahun 'mati'. Sebabnya, saya sudah kehabisan idea apa lagi aktiviti yang nak dibuatkan di sini. Cuba resepi baru sudah, melukis, menconteng pun sudah (time ni bukan main lagi paksa hubby belikan drawing block, water color, magic pen, glittering glue, brush...punyalah semangat nak melukis walaupun tak ada bakat...hehehe...), stitching pun sudah, watch tv serial:- Desperate housewives, Glee, Make it or break it, Gossip girls, korean drama... sampai dah tak mampu dah nak tengok lagi...so akhirnya, husband saya paksa saya tulis blog lagi. Mula-mula malas sangat. Just masukkan entry resepi-resepi, then mula seronok, tulis lah sikit-sikit pasal pengalaman itu dan ini, pendapat-pendapat yang rasa nak diluahkan...okaylah tu untuk mengisi masa lapang daripada kerja-kerja lagha seperti main game and watch movies kan...(macamlah dah tak buat semua tu lagi....hehehe). Then kenapa setahun lebih tak hapdet???...After lebih kurang 4 bulan saya di Saudi, saya balik semula ke malaysia...hampir 6 bulan di sana. Internet very limited and banyak lagi aktiviti yang boleh saya buat kat sana....so, blog saya pun diabaikan...ish..ish..ish...

Blogging is good...espeically orang macam saya yang agak pendiam dan pemendam(?). Boleh luah atau tulis apa saja asalkan jangan sentuh atau terkena pada hal sensetiviti orang lain. Another reason yang saya harapkan dari menulis blog adalah untuk my future kid(s) to know much more deeper who is his/her mother,father and families...(Insha Allah kalau Allah izinkan untuk kami merasai rezeki itu.)...tapi itupun bergantung pada mood ibunya yang upside down untuk menghapdet...hehehhe....

Till we meet again, my BLOG!!!.....