Tuesday, July 16, 2013

Lesson from Allah

Ini ada satu pengalaman kecil kisah kami di Dubai. Ianya berlaku sekejap aja...pertemuan kami dengan dua orang wanita arab di Dubai Metro train memberi kesan pada hati...pertemuan yang berlaku hanya 5-10 minit telah banyak memberi ruang untuk berfikir hingga ke hari ini.

Hari itu, manusia tidaklah ramai dalam train sehingga kami dapat tempat duduk dari awal perjalanan hingga ke station hotel kami. Tiba di satu station, 2 orang wanita middle-aged masuk ke dalam train. Saya beritahu suami saya yang wanita itu makan chewing gum...harap-harap tak kena tangkap...sebenarnya ada kisah di sebalik makan chewing gum ni...kami hampir-hampir kena saman dengan pihak penguasa train sebab makan chewing gum dalam train...nasib baik suami tunjuk iqama sebagai bukti yang kami orang luar dan memang tak tahu peraturan di sini....hehehe boleh lupa pulak...dulu duduk Singapore punyalah alert dengan benda-benda begini...

Dari segi pemakaian makcik-makcik ni memang nampak 'rugged'...dengan blouse lebar dan cap di kepala...yang seorang lagi, balut scarf di kepala...sambil makan chewing gum...sekali pandang memang nampak ganas...tapi bila saya turunkan pandangan saya ke tangan mereka, di sebalik celah jari ada tersemat alat yang memang familiar di Mekkah-TASBIH DIGITAL....sambil berborak sambil dia tekan alat digital itu....tersenyum saya sorang-sorang tengok telatah mereka...

Sampai ke station seterusnya, ramai pessenger turun...banyak tempat kosong...mereka pun duduk berhadapan dengan saya...tak lama lepas itu, sedang saya duduk termenung dengan muka boring,  saya disapa oleh salah seorang dari mereka...bertanyakan, 'are you Muslim, where are you from'....saya pun jawab, 'yes I am Muslim, I am from Malaysia'....lalu dia hulurkan alat tasbih tersebut kepada saya....dia suruh saya tekan-tekan alat tersebut sambil sebut Alhamdulillah, alhamdulillah...Subhanallah...subhanallah...pada fikiran saya, mungkin dia tengok saya termenung baik dia suruh saya isi masa dengan berzikir....hehehe...sebenarnya saya familiar dengan alat tersebut sebab saya ada membelinya sewaktu di Mekkah dulu...tapi mereka bersungguh-sungguh ajar saya bagaimana untuk gunakannya....siap dia keluarkan smartphone nya tunjuk tasbih application yang dia ada pada saya...lepas tu dia suruh kawan dia tunjukkan cara-cara gunakannya....mungkin dia anggap saya tak faham maksudnya bia dia sebut tasbeeh...tasbeeh...suami di sebelah keja lah bagitahu saya, 'tell them you have one and you know how to use it'....tapi tak terkeluar ayat itu dari mulut saya lihatkan kesungguhan mereka mengajar saya dan encourage saya untuk bertasbih sambil duduk termenung...[ out off topic jap--->pesan atok saya, jangan terlalu tunjukkan yang kamu pandai depan orang, rugi, sebab mungkin ada benda yang kita tak tahu sebenarnya kita boleh belajar dari mereka...yang penting, belajar merendahkan diri...jangan sombong...takkan rugi apa-apa pun....saya kira inilah yang selalu atok saya apply bila nak mintak resepi masakan dengan orang...orang dulu-dulu susah nak berkongsi ilmu masakan dengan orang lain...tapi atok saya memang expert dalam bab ni....hehe...okay...topic closed]

inilah dia tasbih digital yang diberi oleh wanita saudi itu...my one is brown color...
Sesi ajar mengajar sudah pun selesai, kemudian saya bertanyakan pula pada mereka, 'where are you from?' Mereka jawab 'we are from Saudi'...dengan penuh excited saya pun jawab 'oh reallyyy...currently we are staying at Riyadh' tiba-tiba terus berubah muka mereka...nak tak nak je dia jawab....'yes my sister staying in Riyadh' dia tunjuk jarinya kepada wanita yang satu lagi...wanita tu tak pandang-pandang ke arah saya...saya pelik..saya salah cakap ke...saya terus diam...sampai ke station mereka, mereka terus keluar....belum sempat saya senyum pada mereka...balik hotel, baru saya terfikir kenapa mereka berubah...bila tengok pakaian mereka, sudah tidak menampakkan yang mereka adalah wanita Saudi...ramai yang tahu wanita Saudi di'wajib'kan bagi mereka untuk memakai abaya hitam dan rata-rata mereka memakai niqab...tapi tidaklah saya terperanjat kerana tidak semua akan apply pakaian yang sama bila berada di luar Saudi...saya pun tidaklah sentiasa mengenakan abaya....cuma mungkin mereka tak expect yang saya pun tinggal di Saudi...kebetulan saya memakai abaya pula pada masa itu...saya tidak kisah kalau pakaian mereka berbeza, tapi tutuplah aurat...kalau di Saudi kita boleh patuh menutup aurat, tapi di luar kenapa mesti kita membukanya....bukankah menutup aurat itu suruhan Allah...bukan suruhan Kingdom of Saudi Arabia....ye tak? Wallahu A'lam....

Ada satu buku yang kami beli 2 tahun lepas bertajuk 'Girls of Riyadh'...buku ni ditulis oleh wanita Saudi dan ianya sedikit kontroversi dan pernah di banned oleh negara ini dari dipublished...ia mengisahkan kisah kehidupan 4 orang wanita Saudi yang mempunyai latar belakang yang berbeza...sangat menarik...walaupun ianya bukan kisah benar tapi serba sedikit ia menggambarkan kehidupan realiti orang-orang arab di sini...banyak benda yang kita pun takkan expect tapi sebenarnya berlaku di sini...

the book which I bought 2 years ago in Riyadh....

Apa-apa pun saya fikir banyak yang saya boleh pelajari dari mereka. Ingat Allah pada bila-bila masa. Jangan bazir masa. Di sini, pengawal imigresen atau polis pun akan memegang tasbih...sambil dia marah orang, sambil jari dia bergerak...saya kira berzikir lah tu....Wallahu A'lam....lagi satu, sikap mereka yang suka sedekah...asal ada peluang, mereka akan sedekah...Alhamdulillah....Allah temukan saya dengan mereka....kini saya ada 2 tasbih digital...rasa tanggungjawab pula untuk sedekahkan pada orang lain....one person pop in my mind most....My Mom...one for me, one for you....:-)

Okaylah dah pukul 2 pagi....subuh start pukul 3.40 macam tu...nak siap-siap apa yang patut untuk sahur....Selamat berpuasa semua!!!

Kurangkan juadah, tingkatkan ibadah!!!

Till we meet again, my blog!!!

Assalamualaikum....

Saturday, July 6, 2013

Jahilnya saya

(Entry kali ini agak panjang kerana emosi yang terlebih: jam 2.30 pagi)

Saya teringat zaman saya belajar di sekolah agama, kira-kira 12 tahun dahulu, ada satu bab mengenai solat ketika berperang. Masa itu, saya tertanya-tanya masih  wujudkah perang. Bila masa hendak dipraktikkan solat ini? Saya fikir dunia sudah aman. Kali terakhir saya dengar tentang perang, bila saya belajar bab sejarah mengenai perang dunia pertama-kedua. Jahilnya saya. Alangkah naifnya saya. Saya tidak tahu ketika saya belajar bab solat ketika perang itu, rupa-rupanya saudara saya seislam pernah dan masih lagi ditindas di Iraq, Bosnia, Palestine, Pakistan dan banyak lagi yang saya sendiri tidak tahu. Bukan sahaja tidak tahu, saya tak hendak ambil tahu pun. Selak surat khabar terus ke bahagian hiburan dan intisari rancangan. Jahilnya saya.

Namun, Alhamdulillah Allah telah membuka mata saya tentang peperangan yang berlaku di Gaza pada tahun 2009. Itu pun ketika saya di UiTM. Pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan hebat mengutuk kekejaman pihak Zionist terhadap saudara kita di sana. Kempen-kempen boikot pun berjalan dengan rancaknya. Forum #SaveGaza dilakukan sana-sini. Paling hebat sekeras-kerasnya kami kuatkan semangat untuk berkempen "jangan makan McD". Tapi, sayangnya kempen ini tidak lama. Berita dari Gaza senyap, saya pun senyap. Burger McD pun sudah mula berada di dalam perut saya semula. Malah ternanti-nanti pula bila  season 'Prosperity Burger' nak keluar. Jahilnya saya.

Lebih kurang 2 tahun lepas, ketika saya masih baru di Saudi, saya dikejutkan dengan rakan-rakan Malaysia di Saudi berkongsi berita tentang peperangan yang berlaku di Syria. Peperangan baru sahaja berlaku ketika itu. Kami berkongsi-kongsi maklumat. Ada yang memungut derma untuk disalurkan kepada mereka secara rahsia di Syria. Ada yang berkongsi facebook page untuk di'like' bagi mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di sana. Walaupun banyak page yang telah di'like', namun sehingga ke hari ini, saya masih setia mengikuti berita mereka dari facebook page 'Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria'. Ketika itu, hanya puluhan orang sahaja yang ikut serta bersama page ini. Tapi kini, Alhamdulillah sudah lebih 100k orang bersama page ini. Usaha mereka sangat besar dalam membuka mata kami dan memanjangkan berita dan kekejaman yang berlaku di sana. Makin ramai yang sudah mula mengambil berat tentang mereka. Alhamdulillah ada saluran yang saya fikir boleh dipercayai faktanya berbanding dari media-media besar yang lain ( u know what I mean).

2012, sekali lagi kami mendapat berita serangan Israel terhadap Gaza berlaku lagi. Seperti biasa, facebook memainkan peranan yang sangat penting untuk mengikuti update-update di sana. Sekali lagi kempen boikot 'jangan makan McD' dikongsikan di wall masing-masing. Walaupun peperangan berlaku di sana tidak lama, kini saya tekad untuk tidak menjamah makanan itu lagi. Jujurnya, saya geram, marah, sakit hati bila terpandang fast food itu, apatah lagi bila saya nampak kawan-kawan facebook tanpa segan silu berkongsi gambar mereka dengan burger McD masing-masing. Anak buah saya pun tahu bila pandang McD, dia akan cakap McD jahat...McD bunuh kawan upa kat sana. Hmmm. Kini saya tidak jahil lagi. Saya telah ambil iktibar dari peperangan di Syria. Saya kagum dengan sesetengah kawan saya yang telah lama boikot produk-produk tersebut. (Ya Allah, berikan aku kekuatan)

Tapi saya percaya, saya tidak terlambat untuk tersedar. Ramai orang kata ini adalah peperangan akhir zaman. Saya tidak tahu. 2-3 hari lepas, telah berlaku perampasan kuasa di Mesir untuk menjatuhkan Dr Mursi. Majoriti umat islam di sana telah bangkit.Terowong sembunyi dari sempadan Rafah ke Gaza yang selama ini disalurkan bantuan makanan dan ubatan telah ditimbus oleh tentera Mesir. Saya sedih. Rakyat Palestine sedih. Seluruh umat Islam di dunia sedih. Mereka teguh bersama semangat Dr Mursi (#WeAllMursi). Tapi begitulah tuntutan Allah. Tiada apa akan berlaku melainkan izinNya. Wallahu Alam. Hari ini kita lihat rakyat arab telah mula bangkit. Bermula di Tunisia, Libya, Mesir, Syria, Palestine, Yaman. Semua telah mula menegakkan yang haq, menolak yang batil. Laungan jihad terdengar sana-sini. Mereka sudah mula mengangkat senjata untuk melawan musuh. Kini, baru saya tahu solat ketika perang masih dipraktikkan ketika ini. Jahilnya saya.

Bagaimana dengan umat Islam yang lain. Umat Islam bukan hanya terletak di negeri arab. Kami di Malaysia, Indonesia, Singapore, India, masih jauhkah kami dengan jihad? Saya sering lihat gambar-gambar para ibu menghantar para mujahidin untuk berperang di balik pintu rumah mereka. Mungkin suatu hari nanti, tidak mustahil kami pula yang akan hantar suami, bapa, abang atau adik kita untuk berjihad. Bukankah jihad itu cita-cita kami? Sudah siapkah kita? Mudahnya untuk memperkatakan.

Beranikah lagi kita tinggalkan solat.
Beranikah lagi kita membuka aurat.
Beranikah lagi kita melakukan maksiat.
Hari ini mungkin saya rasa takut, tapi esok lusa saya sudah lupa.

Till we meet again, my blog!!!

Assalamualaikum...



Tuesday, July 2, 2013

Summer holiday-Dubai Jun 2013 (Part III)

Bermula 29hb Jun yang lepas, seluruh Saudi telah mula menukar waktu weekend mereka secara rasminya dari Khamis-Jumaat ke Jumaat-Sabtu. Walaupun tak ada effect bagi saya, tapi perubahan demi perubahan yang berlaku di negara ini, sedikit sebanyak memberi impak positif pada sistem negara ini...cadangan untuk pertukaran weekend ini telah lama kami dengar, sejak mula-mula kami di sini, mungkin lebih lama dari itu, tapi perlaksanaannya hanya berlaku pada tahun ini. Alhamdulillah, banyak telah berubah di sini sekiranya ingin dibezakan dengan keadaan mula-mula saya jejak disini. Terutamanya, sistem pengurusan di immigration telah banyak beubah. Keadaan lebih cepat dan teratur. Lebih mengejutkan lagi pekerja-pekerja sana turut sama reply " you are welcome" apabila kami ucapkan terima kasih pada mereka. Perubahan ini mungkin nampak kecil pada mata orang lain, tapi ianya sangat signifikan pada kami. Antara perubahan lain adalah mereka berkerja keras untuk menapis pekerja-pekerja asing yang migrate ke sini tanpa visa yang sah. Pihak kerajaan sini memberi mereka peluang untuk memperbaharui visa/kafeel mereka ataupun mereka diberi peluang untuk dihantar pulang ke negara masing-masing....yang saya dengar, semua perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan Saudi. Wallahu A'lam. Saya suka tinggal di sini dan saya harap sangat-sangat perubahan sistem di sini dapat memberi kebaikan kepada semua orang samada masyarakat tempatan mahupun expatriates yang mencari rezeki di sini.

Baiklah, tajuk utama adalah Dubai bukan Saudi, kan...kita continue balik cerita part 3...sedikit fakta tentang Dubai... menarik tentang Dubai, penduduk tetap mereka lebih sedikit berbanding expatriates yang bekerja di sana. Jejak sahaja kaki kami di luar airport Dubai, kiri-kanan pandang kalau tak Indian, mesti Filipinos. Seperti di Saudi, kalau dah dikelilingi Indians, secara automatically kami akan feel at home. Driver taxi kami Keralian. Receptionist di hotel kami Indian and Filipino. Sangatlah rare nak jumpa arabian di sana sehinggalah kami ke Dubai Mall. Semua luxury cafe dipenuhi pak Arab sambil menikmati secawan kopi berharga AED 30 dan Macaroon or sandwich yang harganya entah berapa. Huhuhu.

sumber:wikipedia...jauh perbezaan jumlah penduduk Indian dan Emirati di sana

some of the pictures in Ibn Batutta Mall
Hari seterusnya, kami ke Ibn Batutta Mall untuk tengok senibina dan interior/exterior design di sana. Funny thing is that, kami tidaklah ke museum or historical places, or even to desert untuk merasai arabian style o history...tapi kami ke mall-mall untuk merasai kehidupan orang-orang arab di sana. Reason? Of course it wont cost you money. For example, mereka bina Ibn Batutta Mall ini sempena memperingati perjalanan dan penjelajahan saudagar arab yang tersohor yang bernama Ibn batutta di seluruh pelusuk negara. Mall ini dibahagi kepada 6 jenis bahagian atau Court. India, China, Egypt, Tunisia, Andalusia dan Parsi. Design-design yang berbeza dapat dilihat pada setiap bangunan mengikut tema negeri penjelajahan yang diterokai oleh Ibn Batutta ini. Kami hanya sempat ke India court, China court and Parsi court. Yang lain tak sempat sebab kami pergi tengok movie hindustan. Faham ajalah cerita hindustan habis sampai 2 jam. Itu tak masuk intermission time. 10 minit wayang stop beri laluan untuk viewers pergi toilet and buy more popcorns...now only I understand why hindi movie ada tunjuk INTERMISSION after sejam cerita dimainkan....hehehe...okay out of topic lah pulak....anyway, enjoy the picture below okay....
Some of the history and information about the travels of Ibn Battuta

China Court
India Court
Keesokannya, kami ke Mall of Emirates pula...tak banyak benda yang menarik di sini kecuali mereka yang suka shopping, its the best place...kami ronda-ronda sambil ambil gambar dan take our dinner at the food court...yang bestnya, foodcourt dia besar dan lengang sikit tak seperti food court yang lain...
Standing in front of Mall of Emirates entrance

That is how our summer holiday ends...6 days 5 nights...its very relaxing holiday...and now here we are again, in Riyadh, waiting for Ramadhan to come...lagi seminggu aja lagi...Alhamdulillah....

Ramadhan Kareem to everyone...semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang lepas...Aamiin...

Till we meet again, my blog!!!

Assalamualaikum....