Monday, May 12, 2014

HAJJ 1434

Lagi seminggu aja nak pulang ke Malaysia. Diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan. Kemudian Syawal. Zulqa'idah. Dan bulan haji tiba lagi. Zulhijjah. Allahu Akbar. Hampir setahun dah berlalu. Kenangan haji kami masih segar...masih excited bercerita antara kami suami isteri...

Hari ini barulah datang mood nak tulis pengalaman  haji yang lepas. Kiranya macam travelog haji lah ni. Manalah tau kot2 ada yang baca...bolehlah bantu untuk jadi rujukan sesiapa yang nak pergi ke sana.
Pass tag yang kami dikehendaki pakai setiap kali untuk keluar masuk khemah di Mina

6 ZULHIJJAH 1434 (11 October 2013)

Bertolak ke Mekkah

Lepas saja solat Jumaat, kami terus gerak ke Saffrron Restoran. Kami tiba lebih kurang pukul 2. Bakal-bakal haji sudah ramai berkumpul di sana. Sejam lepas itu, barulah bas tiba dan kami mula bergerak dari RIYADH lebih kurang jam 4.30 petang kerana bas kami berhenti di perhentian bas untuk collect permit perjalanan dan solat asar.

Sepanjang perjalanan kami berhenti beberapa kali di persinggahan untuk makan malam dan solat jamak maghrib-isyak. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada sebarang halangan.

Kami tiba di miqat QARNUL MANAZIL sebelum subuh. Di sini selalunya menjadi tumpuan para jemaah umrah yang datang dari arah Riyadh berhenti kerana berbanding dengan miqat yang lain, miqat ini sangat besar dan luas. Bilik air untuk mandi pun disediakan dengan jumlah yang banyak dan percuma. Tapi musim haji kali ini suasana agak lengang. Jumlah bas yang berhenti pun boleh dibilang dengan jari. Penangan quota yang dikurangkan boleh terasa kekurangannya bila tempat yang luas boleh jadi lengang. Kami tertanya-tanya bagaimana keadaan haji yang bakal kami tempuhi nanti. Kami bergegas selesaikan persiapan ihram seperti mandi sunat ihram, solat sunat dan niat ihram haji. Kami diminta berkumpul di bas sejam selepas itu kerana ingin segera masuk ke Mekkah sebelum subuh bagi mengelak dari diperiksa lama oleh pegawai keselamatan.

Bas yang membawa kami pergi dan balik dari Riyadh ke Mekkah...alhamdulillah sangat selesa...


7 ZULHIJJAH 1434 (12 October 2013)

Tiba di MEKKAH sudah separuh waktu subuh berlalu. Bas pula berhenti agak jauh dari Haram. Kami jalan laju kerana takut terlepas waktu subuh. Alhamdulillah, subuh kami di dataran kerana takut tak sempat masuk ke dalam masjid. Kami kemudian masuk ke Haram untuk tawaf qudum dan Sai'e haji. Alhamdulillah, orang pun tidak ramai. Tidak seperti masa kami mengerjakan umrah Ramadhan yg lepas. Kami selesai pun hampir pukul 9 pagi dan terus menuju ke bas kami dan menunggu jemaah lain selesaikan ibadat mereka. Kami bertolak pula ke Mina yang hanya 30 minit dari Haram.
Pandangan kaabah dari bangunan yang baru siap dibina...keadaan belum sesak sangat masa ni...

Lebih kurang jam 11 pagi, kami selamat tiba di Mina. Angkut barang masuk dalam khemah. Khemah agak kecil dan sempit sebab semua dari Malaysia ditempatkan dalam satu khemah. Walaupun ramai dengan ruang yang terhad, tapi Alhamdulillah selesa. Masih boleh lagi bernafas. Masing-masing sibuk mengatur beg, ikat ampaian tali, menyambung wayar extension dan kemas tilam sendiri. Khemah laki dan perempuan tersangatlah dekat. Kami hanya dipisahkan dengan pintu gerbang besar yang hanya boleh dimasuki oleh kaum wanita sahaja. Kawasan luar khemah agak besar. Toilet pun Alhamdulillah bersih dan cukup untuk semua jemaah. Sepanjang berada di sana pengalaman menunggu giliran untuk masuk tandas yang paling lama pun 7-8 minit. Beratur untuk ambil makanan lagi lama dari masuk tandas. Khemah kami sentiasa dikawal ketat oleh pak gad di main entrance. Tanpa pas, tidak dibenarkan masuk. Oleh itu, kami sentiasa diingatkan untuk memakai pas setiap kali keluar. Tiada sebarang aktiviti. Mengikut jadual awal dari pihak pengurusan, kami hanya akan bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah selepas subuh. Oleh itu, kami hanya melakukan aktiviti bebas. Antaranya, bertadarus quran mengikut group. Kami diberikan surah quran berperingkat-peringkat sehinggalah 11 Zulhijjah. Pada malam tersebut kami akan mengadakan majlis khatam quran bagi semua kaum wanita. Disebabkan tiada aktiviti pada malam itu, saya dan suami sempat melawat kawasan di luar khemah kami. Berjalan-jalan sambil lihat lokasi persekitaran Mina. Kami sangat bersyukur dengan pihak pengurusan yang menempatkan kami di kawasan strategik. Khemah kami bersempadan dengan Muzdalifah. Lebih kurang 300 meter sahaja. Jarak khemah kami juga dengan Metro Station Muzdalifah 3 adalah kurang dari 1 km. LRT train inilah yang akan membawa kami ke Arafah dan Jamrah pada hari-hari tasyrik.

Pandangan dalam dan luar khemah kami di Mina...luas dan selesa...
Aktiviti bebas pada malamnya...suasana di luar khemah..sunyi dan lengang kerana jemaah haji lain belum tiba...

8 ZULHIJJAH 1434 (13 October 2013)

Mengikut jadual awal, kami hanya akan bertolak ke Arafah pada Subuh 9 Zulhijjah. Tapi perancangan terpaksa dibatalkan dan kami diminta untuk bersiap-siap untuk ke Arafah pada hari ini selepas Isya disebabkan keadaan sudah mula sesak dipenuhi orang ramai untuk ke sana. Kami pun berkumpul di depan khemah selepas Isya dan berjalan mengikut group masing-masing sambil bertalbiah. Suasana sukar digambarkan. Meremang bulu roma bila lihat jalan dipenuhi dengan pakaian putih. Barulah kami terasa bahang ibadat haji sudah dekat. Excited. Sayu. Sedih. Syukur. All-Mix. Di depan pintu masuk LRT train sudah bersesak dengan orang. Alhamdulillah pihak pengurusan menguruskan kami dengan tersusun sekali. Tiada sebarang masalah. Cuma waktu menunggu aja terpaksa bersabar sikit. Train frequency very limited. Kami terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam train. Penat menunggu masing-masing diam. Sekali-sekala terdengar sahutan jemaah lelaki mengalunkan talbiah. 1kali...2 kali...kemudian diam lagi. Begitulah suasana sehingga kami masuk ke dalam train dan tiba ke Arafah station. Dari dalam train lagi dah nampak jemaah dari negara-negara lain terutamanya dari India dan Pakistan. Kebanyakan mereka tua-tua dan daif sangat kali lihat dari pemakaian mereka. Tapi semangat mereka boleh kelihatan dari wajah mereka. Saya? Diam seribu bahasa. Stamina kurang. Terasa penatnya....haish...hehehe
berjalan beramai2 sambil bertalbiah sehingga ke Arafah melalui train LRT

Di Arafah, sekali lagi saya terkejut dengan suasana khemah yang disediakan untuk kami. Besar. Toilet pun ok. Khemah kami di kelilingi oleh pagar dan seperti biasa pak gad ada depan gate untuk mengawal keluar masuk jemaah. Khemah kami terasa seperti dipisahkan dengan suasana luar yang sebenar. Kami ditempatkan di Khemah yang agak besar. Kami berkongsi dengan jemaah dari Pakistan. Setiba kami di sana, kami pun mengambil tempat untuk tidur.

9 ZULHIJJAH 1434 (14 October 2013)

Pukul 3 pagi kakak sebelah saya kejutkan saya untuk qiamullail. Sesudah berqiam, rehat sebentar sambil tunggu waktu subuh. Tiada aktiviti yang ditetapkan selepas itu. Masing-masing menunggu waktu wukuf iaitu selepas Zuhur. Pagi tersebut, saya dan suami keluar sebentar untuk melihat kawasan lagi. Barulah kami lihat keadaan sebenar Arafah. Arafah dipenuhi dengan manusia. Semua kaum dan bangsa. Kebanyakan mereka yang tiada penempatan, mereka mendirikan khemah di tepi-tepi jalan. Banyak peniaga yang berniaga makanan, khemah, payung dan sebagainya. Kami cuba untuk ke Masjid Tanaim. Tapi separuh jalan sudah lihat orang berpusu ke sana. Tidak mahu ambil risiko, kami berpatah balik ke khemah. Suami pun sudah mula rasa nak demam. Kami pulang ke khemah dan tunggu waktu zuhur.

suasana di luar khemah Arafah kami...melihat kawasan sebelum tiba waktu Zuhur...waktu wukuf...

{Arafah ends here}

At-Tawaif...nama agency yang sediakan penempatan kami di Arafah dan Mina...pak gad sedang menjaga gate luar bagi mengawal keluar masuk jemaah mereka...

Waktu wukuf pun tiba. Selepas solat berjemaah zuhur saya berjumpa dengan suami dan duduk bersama untuk mengambil peluang untuk berdoa. Kami keluar ke kawasan redup dan ambil sebanyak masa untuk berdoa, berdoa dan berdoa. Doa untuk semua. Diri sendiri, suami, keluarga, sahabat, muslimin, dunia. Semua. Alhamdulillah Allah beri kami peluang. Kemudian kami pulang ke khemah masing-masing. Teruskan berdoa. Suasana terasa sunyi seketika. Masing-masing dengan suasana sendiri. All alone. Senyap. Yes, we feel like our sole, our breathe, solely to Allah. Allahu Akbar. What amazing feeling You give to us. Dalam pukul 4 lebih, ramai jemaah wanita mula pulang ke khemah. Sedang kami berehat, datang pula jemaah dari Pakistan atau India menegur kami dari depan pintu. Asking us to go out to take this opportunity to be under the sky to pray. Ya, mereka suka mengamalkan sikap tegur menegur....ingat mengingati...hehehe

Saya dan kakak-kakak yang lain decide untuk keluar dari Khemah dan melihat suasana luar. Kami keluar mencari tempat yang sesuai untuk berdoa. Sambil berjalan kami dapat lihat, bagaimana suasana orang beratur untuk berwudu di toilet awam. Bagaimana orang berwuduk. Bersolat di tengah-tengah jemaah yang ramai. Orang yang berteduh di bawah-bawah pokok yang sangat limited kuantitinya di padang yang panas terik ini. Ramai yang berlindung di bawah payung. Tapi paling tersentuh apabila melihat mereka merintih, menangis ketika berdoa. What a sincere expression. Really great experience. Allahu Akbar. Sesudah berdoa di tengah padang, kami pun pulang ke khemah dan bersiap untuk pulang ke khemah pada jam 8 malam nanti.

suasana di akhir2 waktu wukuf...para2 haji mengambil kesempatan untuk berdoa sebanyak yang boleh...Insyaallah dimakbulkan...Aamiin...
ini adalah toilet awam untuk wanita terutama pada mereka yang datang tanpa disediakan khemah...mereka terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk ke tandas...
Jam 8 kami berkumpul di luar khemah. Beratur untuk bergerak beramai-ramai ke LRT train di Arafah menuju ke Mina station. Kami mengambil masa hampir 2 jam untuk ke khemah Mina kerana sesat disebabkan banyak jalan tutup. Setiba kami di khemah, kami bersihkan diri dan menuju ke Muzdalifah yang hanya terletak kurang dari 1km dari khemah. Kami solat Jamak Takhir Maghrib-Isyak dan mengutip batu2 untuk lontaran di Jamrah pada hari-hari tasyrik berikutnya. Kami pulang ke khemah semula pada jam 2 pagi.

Muzdalifah- solat jamak takhir dan mengutip batu untuk jamrah


10 ZULHIJJAH 1434 (15 October 2013)

Kami dan sekumpulan kecil bercadang untuk melontar Jamrah Aqabah pada jam 2 memandangkan orang pun masih belum ramai. Jemaah yang lain hanya akan melontar pada jam 9 pagi. Kami menuju ke LRT train station untuk ke Jamrah. Perjalanan hanya 10 minit. Kawasan Jamrah agak besar dan train kami berhenti di tingkat yang paling atas, tingkat 3. Para-para haji ramai tapi tidak menyesakkan. Alhamdulillah kami  berpeluang melontar batu tanpa bersesak-sesak. Setelah selesai, kami segera pulang ke Mina untuk bertahallul dan berehat. Selesailah sudah tahallul awal kami. Alhamdulillah.

keadaan dalam train pada jam 2 pagi...lengang...orang masih tidak ramai...

kami terpaksa pakai gelang tiket ini sepanjang mengerjakan haji...hanya yang ada tiket ini dibenarkan menggunakan train...gelang hijau pula pass untuk masuk ke khemah di Arafah...

suasana di Jamrah pada malam 10 Zulhijjah...

selesai melontar Jamratul Aqabah...Alhamdulillah...Allah permudahkan...


11 ZULHIJJAH 1434 (16 October 2013)

Ikut perancangan dari kumpulan jemaah kami, mereka akan bergerak beramai-ramai dengan menaiki bas ke Masjidil Haram untuk mengerjakan tawaf Ifadhah pada jam 2 pagi. Memandangkan keadaan suami yang demam saya dan suami tangguhkan dulu ibadah tersebut sehingga dia ada tenaga untuk bertawaf. Selepas Asar pada hari tersebut, suami izinkan saya untuk pergi melontar bersama-sama rakan-rakan yang lain. Keadaannya masih lemah. Suasana di Jamrah ketika itu sangat-sangat sesak dengan ribuan jemaah. Perjalanan kami tersekat-sekat. Terpaksa berhimpit-himpit untuk melalukan lontaran. Alhamdulillah, walaupun bersesak tapi kami semua selamat selesaikan ibadah tersebut tanpa sebarang kecederaan. Malam tersebut kami ramai-ramai mengadakan majlis khatam quran dan penyerahan sijil haji pada jemaah.

terpaksa tinggalkan suami di khemah sebab demam...join the girls pergi melontar...

bersama group haji dari Malaysia yang tinggal di Saudi...bergambar kenangan sebaik saja selesai majlis khatam dan penyerahan sijil2 

bersama hajjah2 sekalian...Alhamdulillah ikatan yang dibina di sana kekal sehingga ke hari ini...

sijil penyertaan untuk disimpan sebagai kenangan..terima kasih kepada ketua rombongan kami yang menyediakan dan menguruskan segala keperluan haji kami sepanjang berada di sini...Alhamdulillah...


12 ZULHIJJAH 1434 (17 October 2013)

Alhamdulillah keadaan suami bertambah baik walaupun masih lemah. Kami tekad juga untuk melontar jamrah untuk hari tersebut dan jamrah suami yang tertangguh pada semalamnya. Kami bergerak selepas maghrib memandangkan keadaan akan lengang ketika itu kerana jemaah yang melakukan tahalul awal dikehendaki meninggalkan mina sebelum waktu maghrib. Ibadah kami menjadi sangat mudah, Alhamdulillah maha Suci Allah yang mengaturkan segala perjalanan kami lebih-lebih lagi keadaan suami yang lemah. Kami teruskan perjalanan kami ke Haram setelah selesai melontar. Kami menaiki public transport dan tiba sejam lebih selepas itu disebabkan jam dan van kami tinggalkan kami di tempat yang agak jauh dari masjid. Kami solat isyak dulu sebelum mengerjakan tawaf ifadhah. Kami lihat jam hampir 10 malam. Ini bermakna kami telah terlepas waktu mabit di Mina. Perancangan awal kami ingatkan yang kami sempat pulang ke khemah untuk bermabit. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Tak apalah, redha dengan ujian Allah pada kami. Tawaf kami mengambil masa 2 jam kerana pergerakan yang perlahan disebabkan orang yang tersangat-sangat ramai. Kami menaiki taxi untuk ke khemah kami. Alhamdulillah, ketika ini Allah saja yang tahu perasaan kami. Lega, syukur, gembira. Akhirnya selesai juga kami melakukan semua rukun-rukun haji walaupun bersusah payah dan banyak rintangan yang terpaksa kami lalui.

Ramai jemaah yang melakukan tahallul awal..keadaan di Jamrah agak kosong...

tawaf Ifadhah...sangat-sangat penuh dan padat....


13 ZULHIJJAH 1434 (18 October 2013)

Hari terakhir kami. Pagi itu kami semua sibuk mengemas barang untuk pulang. Kami hanya perlu untuk menyelesaikan lontaran terakhir kami di Jamrah dan tawaf Wida. Selepas Asar, sebaik sahaja selesai melontar kami makan tengahari dan terus bersiap sedia untuk masukkan barang ke dalam bas. Kami tiba di Haram hampir-hampir waktu maghrib. Masya Allah pertama kali lihat orang begitu ramai di luar dan dalam masjid. Terpaksa menyelit-nyelit untuk solah maghrib sebelum mengerjakan tawaf Wida. Mulanya, kami bercadang untuk tawaf di tingkat 2 tapi separuh jalan bila lihat keadaan jemaah yang ramai dan lingkarannya lebih besar dari tingkat bawah, kami ambil keputusan untuk turun ke bawah memandangkan kami diberi masa sehingga pukul 9 malam untuk bertawaf. Walaupun sesak, insya Allah kami tawakal untuk menyelitkan diri kami di antara mereka. Alhamdulillah kami selesai sebaik sahaja azan isyak berkumandang. Kami mencari-cari tempat untuk solah. Sebaik selesai keadaan makin padat. Saya dah makin panik. Tangan sentiasa genggam lengan suami. Orang ramai makin agresif. Mereka bertolak-tolak untuk keluar masjid. Kami akhirnya terpaksa ikut laluan saie untuk keluar masjid walaupun terpaksa berjalan jauh. Selipar yang ditinggalkan di rak kasut kami tinggalkan dan hanya berkaki ayam ke kedai untuk membeli selipar yang baru. Kami tiba di bas hampir jam 9 malam. Bas kami hanya bertolak pukul 10 malam ke Riyadh. Kami dalam bas semua kepenatan. Penat tapi puas. Penat tapi syukur. Penat tapi sedih dan sayu. Allahu Akbar. Perasaan halus mengusik jiwa masing-masing. Syukur....syukur...syukur....

14 ZULHIJJAH 1434 ( 19 October 2013)

Tiba di Riyadh lebih kurang jam 8.30 pagi. Taxi kami telah menunggu. Tanpa buang masa, kami bersalam-salaman dengan rakan-rakan dan segera pulang ke rumah kerana kepenatan yang amat sangat. Tiba di rumah, badan saya sudah seram sejuk. Kepala pening, batuk dan selesema. Peliknya, suami bertenaga. Habis satu rumah dia kemas. Dapur dibersihkan. Baju dibasuhkan. Alhamdulillah. Esoknya baru suami bawa jumpa doctor. 3 hari selepas itu, alhamdulillah pulih dan rutin kami berjalan seperti biasa. Suami ke ofis. Saya? Masak, kemas, basuh, gosok...apa lagi nak buat kan...back to the basic...

Alhamdulillah perjalanan yang tidak akan kami lupakan...sehingga ke akhir hayat...Insya Allah...