(Entry kali ini agak panjang kerana emosi yang terlebih: jam 2.30 pagi)
Saya teringat zaman saya belajar di sekolah agama, kira-kira 12 tahun dahulu, ada satu bab mengenai solat ketika berperang. Masa itu, saya tertanya-tanya masih wujudkah perang. Bila masa hendak dipraktikkan solat ini? Saya fikir dunia sudah aman. Kali terakhir saya dengar tentang perang, bila saya belajar bab sejarah mengenai perang dunia pertama-kedua. Jahilnya saya. Alangkah naifnya saya. Saya tidak tahu ketika saya belajar bab solat ketika perang itu, rupa-rupanya saudara saya seislam pernah dan masih lagi ditindas di Iraq, Bosnia, Palestine, Pakistan dan banyak lagi yang saya sendiri tidak tahu. Bukan sahaja tidak tahu, saya tak hendak ambil tahu pun. Selak surat khabar terus ke bahagian hiburan dan intisari rancangan. Jahilnya saya.
Namun, Alhamdulillah Allah telah membuka mata saya tentang peperangan yang berlaku di Gaza pada tahun 2009. Itu pun ketika saya di UiTM. Pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan hebat mengutuk kekejaman pihak Zionist terhadap saudara kita di sana. Kempen-kempen boikot pun berjalan dengan rancaknya. Forum #SaveGaza dilakukan sana-sini. Paling hebat sekeras-kerasnya kami kuatkan semangat untuk berkempen "jangan makan McD". Tapi, sayangnya kempen ini tidak lama. Berita dari Gaza senyap, saya pun senyap. Burger McD pun sudah mula berada di dalam perut saya semula. Malah ternanti-nanti pula bila season 'Prosperity Burger' nak keluar. Jahilnya saya.
Lebih kurang 2 tahun lepas, ketika saya masih baru di Saudi, saya dikejutkan dengan rakan-rakan Malaysia di Saudi berkongsi berita tentang peperangan yang berlaku di Syria. Peperangan baru sahaja berlaku ketika itu. Kami berkongsi-kongsi maklumat. Ada yang memungut derma untuk disalurkan kepada mereka secara rahsia di Syria. Ada yang berkongsi facebook page untuk di'like' bagi mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di sana. Walaupun banyak page yang telah di'like', namun sehingga ke hari ini, saya masih setia mengikuti berita mereka dari facebook page 'Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria'. Ketika itu, hanya puluhan orang sahaja yang ikut serta bersama page ini. Tapi kini, Alhamdulillah sudah lebih 100k orang bersama page ini. Usaha mereka sangat besar dalam membuka mata kami dan memanjangkan berita dan kekejaman yang berlaku di sana. Makin ramai yang sudah mula mengambil berat tentang mereka. Alhamdulillah ada saluran yang saya fikir boleh dipercayai faktanya berbanding dari media-media besar yang lain ( u know what I mean).
2012, sekali lagi kami mendapat berita serangan Israel terhadap Gaza berlaku lagi. Seperti biasa, facebook memainkan peranan yang sangat penting untuk mengikuti update-update di sana. Sekali lagi kempen boikot 'jangan makan McD' dikongsikan di wall masing-masing. Walaupun peperangan berlaku di sana tidak lama, kini saya tekad untuk tidak menjamah makanan itu lagi. Jujurnya, saya geram, marah, sakit hati bila terpandang fast food itu, apatah lagi bila saya nampak kawan-kawan facebook tanpa segan silu berkongsi gambar mereka dengan burger McD masing-masing. Anak buah saya pun tahu bila pandang McD, dia akan cakap McD jahat...McD bunuh kawan upa kat sana. Hmmm. Kini saya tidak jahil lagi. Saya telah ambil iktibar dari peperangan di Syria. Saya kagum dengan sesetengah kawan saya yang telah lama boikot produk-produk tersebut. (Ya Allah, berikan aku kekuatan)
Tapi saya percaya, saya tidak terlambat untuk tersedar. Ramai orang kata ini adalah peperangan akhir zaman. Saya tidak tahu. 2-3 hari lepas, telah berlaku perampasan kuasa di Mesir untuk menjatuhkan Dr Mursi. Majoriti umat islam di sana telah bangkit.Terowong sembunyi dari sempadan Rafah ke Gaza yang selama ini disalurkan bantuan makanan dan ubatan telah ditimbus oleh tentera Mesir. Saya sedih. Rakyat Palestine sedih. Seluruh umat Islam di dunia sedih. Mereka teguh bersama semangat Dr Mursi (#WeAllMursi). Tapi begitulah tuntutan Allah. Tiada apa akan berlaku melainkan izinNya. Wallahu Alam. Hari ini kita lihat rakyat arab telah mula bangkit. Bermula di Tunisia, Libya, Mesir, Syria, Palestine, Yaman. Semua telah mula menegakkan yang haq, menolak yang batil. Laungan jihad terdengar sana-sini. Mereka sudah mula mengangkat senjata untuk melawan musuh. Kini, baru saya tahu solat ketika perang masih dipraktikkan ketika ini. Jahilnya saya.
Bagaimana dengan umat Islam yang lain. Umat Islam bukan hanya terletak di negeri arab. Kami di Malaysia, Indonesia, Singapore, India, masih jauhkah kami dengan jihad? Saya sering lihat gambar-gambar para ibu menghantar para mujahidin untuk berperang di balik pintu rumah mereka. Mungkin suatu hari nanti, tidak mustahil kami pula yang akan hantar suami, bapa, abang atau adik kita untuk berjihad. Bukankah jihad itu cita-cita kami? Sudah siapkah kita? Mudahnya untuk memperkatakan.
Beranikah lagi kita tinggalkan solat.
Beranikah lagi kita membuka aurat.
Beranikah lagi kita melakukan maksiat.
Hari ini mungkin saya rasa takut, tapi esok lusa saya sudah lupa.
Till we meet again, my blog!!!
Assalamualaikum...