Bermula 29hb Jun yang lepas, seluruh Saudi telah mula menukar waktu weekend mereka secara rasminya dari Khamis-Jumaat ke Jumaat-Sabtu. Walaupun tak ada effect bagi saya, tapi perubahan demi perubahan yang berlaku di negara ini, sedikit sebanyak memberi impak positif pada sistem negara ini...cadangan untuk pertukaran weekend ini telah lama kami dengar, sejak mula-mula kami di sini, mungkin lebih lama dari itu, tapi perlaksanaannya hanya berlaku pada tahun ini. Alhamdulillah, banyak telah berubah di sini sekiranya ingin dibezakan dengan keadaan mula-mula saya jejak disini. Terutamanya, sistem pengurusan di immigration telah banyak beubah. Keadaan lebih cepat dan teratur. Lebih mengejutkan lagi pekerja-pekerja sana turut sama reply " you are welcome" apabila kami ucapkan terima kasih pada mereka. Perubahan ini mungkin nampak kecil pada mata orang lain, tapi ianya sangat signifikan pada kami. Antara perubahan lain adalah mereka berkerja keras untuk menapis pekerja-pekerja asing yang migrate ke sini tanpa visa yang sah. Pihak kerajaan sini memberi mereka peluang untuk memperbaharui visa/kafeel mereka ataupun mereka diberi peluang untuk dihantar pulang ke negara masing-masing....yang saya dengar, semua perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan Saudi. Wallahu A'lam. Saya suka tinggal di sini dan saya harap sangat-sangat perubahan sistem di sini dapat memberi kebaikan kepada semua orang samada masyarakat tempatan mahupun expatriates yang mencari rezeki di sini.
Baiklah, tajuk utama adalah Dubai bukan Saudi, kan...kita continue balik cerita part 3...sedikit fakta tentang Dubai... menarik tentang Dubai, penduduk tetap mereka lebih sedikit berbanding expatriates yang bekerja di sana. Jejak sahaja kaki kami di luar airport Dubai, kiri-kanan pandang kalau tak Indian, mesti Filipinos. Seperti di Saudi, kalau dah dikelilingi Indians, secara automatically kami akan feel at home. Driver taxi kami Keralian. Receptionist di hotel kami Indian and Filipino. Sangatlah rare nak jumpa arabian di sana sehinggalah kami ke Dubai Mall. Semua luxury cafe dipenuhi pak Arab sambil menikmati secawan kopi berharga AED 30 dan Macaroon or sandwich yang harganya entah berapa. Huhuhu.
 |
| sumber:wikipedia...jauh perbezaan jumlah penduduk Indian dan Emirati di sana |
 |
| some of the pictures in Ibn Batutta Mall |
Hari seterusnya, kami ke Ibn Batutta Mall untuk tengok senibina dan interior/exterior design di sana. Funny thing is that, kami tidaklah ke museum or historical places, or even to desert untuk merasai arabian style o history...tapi kami ke mall-mall untuk merasai kehidupan orang-orang arab di sana. Reason? Of course it wont cost you money. For example, mereka bina Ibn Batutta Mall ini sempena memperingati perjalanan dan penjelajahan saudagar arab yang tersohor yang bernama Ibn batutta di seluruh pelusuk negara. Mall ini dibahagi kepada 6 jenis bahagian atau Court. India, China, Egypt, Tunisia, Andalusia dan Parsi. Design-design yang berbeza dapat dilihat pada setiap bangunan mengikut tema negeri penjelajahan yang diterokai oleh Ibn Batutta ini. Kami hanya sempat ke India court, China court and Parsi court. Yang lain tak sempat sebab kami pergi tengok movie hindustan. Faham ajalah cerita hindustan habis sampai 2 jam. Itu tak masuk intermission time. 10 minit wayang stop beri laluan untuk viewers pergi toilet and buy more popcorns...now only I understand why hindi movie ada tunjuk INTERMISSION after sejam cerita dimainkan....hehehe...okay out of topic lah pulak....anyway, enjoy the picture below okay....
 |
| Some of the history and information about the travels of Ibn Battuta |
 |
| China Court |
 |
| India Court |
Keesokannya, kami ke Mall of Emirates pula...tak banyak benda yang menarik di sini kecuali mereka yang suka shopping, its the best place...kami ronda-ronda sambil ambil gambar dan take our dinner at the food court...yang bestnya, foodcourt dia besar dan lengang sikit tak seperti food court yang lain...
 |
| Standing in front of Mall of Emirates entrance |
That is how our summer holiday ends...6 days 5 nights...its very relaxing holiday...and now here we are again, in Riyadh, waiting for Ramadhan to come...lagi seminggu aja lagi...Alhamdulillah....
Ramadhan Kareem to everyone...semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang lepas...Aamiin...
Till we meet again, my blog!!!
Assalamualaikum....