Kami sekeluarga baru saja memulakan bisnes baru- INTANS CANOPY AND HOMESTAY di Segamat, Johor. The manager is my elder sister, Nur Sa'adah. Pihak kami juga ada menyediakan pakej andaman, gubahan hantaran, homestay, dan juga catering. Sesiapa yang berminat hendak menyewa canopy terutamanya di kawasan daerah Segamat dan sewaktu dengannya bolehlah berhubung dengan beliau (Adah:012-7298386/0127973245/0169636709).
.::just my random thought and humble experience in life which I feel to share::.
Monday, January 23, 2012
Umrah (Januari 2012)
One of the reason I really excited to 'hijrah' to this place is that, its very nearby to 2 holy places-Mekah and Madinah. Alhamdulillah, early Januari we went to this holy places. 2nd time for me doing umrah and 4th time for hubby. Syukur atas nikmat Allah. Keistimewaan melakukan umrah bagi orang yang tinggal di Saudi ini adalah waktu selepas musim haji. Time ni govt Saudi belum buka umrah visa pada negara-negara lain. Orang tak berapa ramai. No rushing. Sesiapa saja akan mengambil kesempatan untuk melakukan umrah pada waktu ni. So we all decide together with abang Akil's family (hubby's friend) rent a car and do umrah as well as ziarah in Madinah.
Gambar ini hanyalah diambil dari screen TV saya. Channel Saudi ini sentiasa tunjuk suasana live dari Mekah. Keadaan jemaah yang mengerjakan tawaf sebelum umrah visa dibuka kepada negara luar.
Kami gerak dari Riyadh lebih kurang pukul 5. Kami berhenti 2-3 kali sepanjang perjalanan untuk makan/toilet/solat. Tiba di miqat dalam pukul 3 pagi. Kami berehat agak lama di miqat dlm 4-5 jam sebelum ke Mekah cuz driver kitorang demam pulak.
Gambar bilik sewa kami di Miqat. Satu jam SAR 20 rasanya dan kalau musim umrah harganya akan naik sampai SAR 50-100 sejam.
Lebih kurang 8-9 pagi barulah kami gerak ke Mekah. Perjalan dari Miqat ke Mekah mengambil masa dalam 1 jam lebih. Dalam perjalanan ke sana, semasa melalui check-point, kereta kami ditahan polis. Ada problem sikit dengan driver tu punya licence. Polis arab tu dah siap keluarkan surat saman untuk driver kitorang tuh. Kesian tengok driver kitorang tu merayu kat polis tuh. Dah lah malam semalamnya kena saman ngan polis gak Polis kata bawak laju. Haiya..pelik kitorang..driver kitorang tu tengah demam. Bawak x laju mana pun. Dah nak dekat setengah jam driver kitorang tu deal ngan polis. Still tak settle2. Ingatkan small matter je. Saya pun doa dalam hati. Permudahkan lah Ya Allah....lembutkan lah hati polis itu...Alhamdulillah terus polis arab tu tarik balik surat saman dia. Driver kitorang pun cepat2 naik kereta and drive. Terkedu saya dengan kebesaran Allah yang memakbulkan doa serta merta lebih-lebih lagi di tanah suci ini.
Kami tiba di Masjidil Haram pun dah nak dekat waktu zuhur. Selesai solat zuhur barulah kami memulakan tawaf. Orang pun tak berapa ramai. Lingkungan bulatan pun tak berapa besar. Kami dapat lihat dengan jelas bekas tapak Nabi Ibrahim a.s (Makam Ibrahim). Pak arab yang jaga kawasan itu sempat lagi tanya kitorang "Apa khabar...apa khabar"...hubby pun jawab "khabar baik.."..pandai pulak pak arab ni cakap melayu...hehehe...Kami selesai mengerjakan umrah dalam pukul 3. Terus ke Madinah pula untuk ziarah.
Tiba di Madinah pukul 8 malam. Cari-cari hotel setengah jam. Akhirnya dapat gak hotel yang murah-murah. Makan terus tidur. Huhuh penat.Esoknya kitorang gerak awal pagi untuk ziarah masjid-masjid di Madinah (Masjid Qiblatain, Quba dan Nabawi) dan Jabal Ohud. Solat sunat di masjid-masjid tu dan amek gambar pun sikit2 je. Nak kejarkan solah Jumaat kat Masjid Nabawi.
Masjid Qiblatain
Jabal Ohud
Jabal Ohud- sempat membeli belah sekejap. Rata-rata peniaga adalah dari Pakistan dan Bangladesh. Senang sikit hubby communicate ngan dorang...hihi..
Kami sempat sampai ke Masjid Nabawi sebelum masuk solat Jumaat. Selesai je kitorang cepat2 pergi ziarah makam Nabi s.a.w.. Sebelum masuk kena check bag dulu. Bag kitorang ada camera..tak boleh bawak masuk pulak...huhu..Terpaksa letak kat dalam bag plastik selipar. Tawakal je lah. Tapi alhamdulillah, xda pape jadi kat camera tu. Di makam Nabi s.a.w ramai sangat orang. Kami terpaksa berhimpit-himpit nak jalan ke makam. Sampai keadaan pun tak terkawal lagi dah. Ada yang tinggikan suara, marah-marah. Astaghfirullah. Mampu mengucap jelah. Lupa ke dorang yang kita sedang berada di tempat suci. Tak ada rasa hormat langsung. Niat kita untuk ziarah makam baginda...hmmm... Akhirnya kami terpaksa bergerak keluar. Mungkin tiada rezeki kami this time. Kami hanya mampu doakan baginda dan sahabat serta sampaikan salam saja. Dah abis ziarah kami pun gerak balik ke Riyadh. Perjalanan amik masa 8 jam.
At Masjid Nabawi- with Akil bhai's family
Hasim with Akil bhai and our pakistani driver, Abid bhai
Camping tepi jalan jap...lapar!!!
Makan pakistani food-roti, mutton and chicken curry and lady finger fry...nom..nomm..nomm..
Alhamdulillah walaupun umrah kali ini amatlah singkat (3 hari je), namun saya terasa kelainannya. Allah berikan ketenangan yang sangat indah ketika beribadat di sana dan juga Allah izinkan saya solah dan berdoa di tempat yang saya impikan. Alhamdulillah.
Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmat dan rezeki-Mu. Amiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















