Assalamualaikum...sekarang di Riyadh baru pukul 3.45 petang. Cuaca pun elok-elok aja. Baru lepas solat Asar tiba-tiba mood datang nak berblog...so, saya sambunglah cerita mengenai umrah saya yang tergantung semalam dek hujan ribut petir okay. Saya lupa nak mention berapa lama saya di sana. Sebenarnya saya hanya ke sana 3 hari 2 malam sahaja. Bertolak dari Riyadh Khamis tengahari dan pulang pada Sabtu petang. Hubby terpaksa ambil cuti pada hari Sabtu tu as in Saudi our weekend is on Thursday and Friday. So, disebabkan saya pergi hanya 3 hari, bolehlah saya cerita pengalaman saya setiap hari dan setiap waktu sepanjang saya berada di sana. Kalau 14 hari, saya rasa macam dah syok sendiri pula nak cerita in detail, kan?
Lets continue on our last stop yesterday. Selepas dengan jayanya saya lepaskan kegelisahan saya berborak dengan kawan baru saya itu, saya terus menuju ke suami saya. Kami keluar masjid dan survey-survey tempat mana nak book taxi for Jeddah airport esok. Hotel kami ada sediakan perkhidmatan taxi. Tapi untuk charterd satu taxi diorang charge SAR 300. So, we hold dulu our decision samada nak book taxi from our hotel or public one. Survey punya survey, kami terjumpa taxi stand yang memang ambil penumpang ke Madinah, Jeddah and even ke Riyadh. Harganya SAR50 seorang. Okaylah tu. Tapi kalau boleh kami nak avoid dari Saudi taxi sebabnya dorang ni kalau drive memang gila. Rata-rata kat sana semua driver dari Saudi. Kami pergi pula ke taxi stand from our hotel building. Kami terjumpa dengan bell boy hotel kami dari Bangladesh. Hubby pun cakap bangla lah dengan dia. Dia bagi nombor telefon kalau nak taxi driver from India, Pakistan or Bangladesh. Dia boleh arrangekan. Harga SAR200. Pandai juga dorang ni berbisnes ek. Kalau pihak hotel tau ni, mesti kena suspended. Hehehe.
 |
| The public taxi stand is just beside this buliding.... |
Lagi sejam untuk waktu Maghrib, kami kembali semula ke Masjidil Haram. Macam biasa, suami ke jemaah lelaki saya ke jemaah perempuan. Dan seperti biasa lagi saya akan mencari-cari jemaah dari Malaysia. Yes, I got one. Saya nampak beg sandang this auntie tulis Tiram travel Agency, Malaysia. Saya tanyakan dia tempat ni kosong ke tak. Dia balas duduklah. Kemudian kami bertukar soalan cliche. Dia berasal dari Kluang Johor. Woohooo...My kampung. Hehehe. She is very very nice lady. Her age is somehow I think early 50. Dia bawa satu famili datang ke Mekkah. Dua orang anak perempuan dia duduk di sebelahnya. Kami borak sikit-sikit. Kemudian datang pula selit seorang auntie dari Turki.Umurnya mungkin late 60s. Dia duduk sebelah kiri saya. Walau space tak sebesar mana pun, tapi disebabkan orang makin ramai datang dan tiada lagi ruang maka saya pun berikan lah sedikit ruang untuknya. Kurus aja orang nya pun. Saya lagi besar. Heehehe. Dia sentuh telekung saya. Dengan broken English dia cakap.."You don't hot...its hot...its hot"...dia refer pada telekung saya. Agaknya dia pelik macam mana kami boleh pakai telekung dalam cuaca yang agak panas. Saya balas "no auntie...its not hot..not at all"...dah duduk bawah kipas mana nak panas kan....hehehe...Dia tanya lagi..."Ana Turki...anti?"...dah bahasa arab pulak..."Ana min Malazi...Malaysia"...Dia angguk-angguk aja. Azan maghrib pun berkumandang. Kemudian tak lama lepas tu, iqamat pula. Semua bangun. Yang saya ni pulak boleh leka duduk lagi. Terus dia angkat bahu saya suruh bangun. Heheheh...saya bangun dan peluk dia...cakap "aiwa...aiwa..."...hehehe...kemudian terdengar pula jemaah turki dari belakang saya tegur saf mereka yang jarak-jarak...dia merapatkan saf mereka sambil cakap, syaitan...syaitan...saya senyum aja lihat telatah mereka...satu sikap orang Turki ni, mereka sangat lembut. Tak kira umur. Walaupun mereka mungkin tegur kita kalau ada yang tersalah, tapi masih lagi ada kelembutannya. Mereka juga yang akan senyum dulu kalau bertentang mata dengan mereka. Jumlah mereka yang datang ke Mekkah sangat ramai. Mereka selalunya akan datang berkumpulan. Yang seronoknya mereka ini sangat prihatin. Yang muda akan pastikan tempat duduk rakannya yang lebih tua selesa. Kemudian barulah mereka akan cari tempat mereka sendiri. Pernah masa saya solat Asar dengan rakan baru saya dari Malaysia, dia mengalami batuk yang teruk sepanjang solah dan sebaik sahaja selesai solah, dia ditegur jemaah Turki dari belakangnya. Jemaah Turki tersebut menghulurkan air kepadanya. Prihatinkan? Pernah juga saya lihat jemaah dari Malaysia mengambil fotonya sendiri melalui kamera phone mereka. Kemudian entah datang dari mana, muncul jemaah Turki ini offer kan diri untuk ambilkan foto mereka. Kalau saya penat baca quran, saya akan berhenti sekejap dan lihat telatah jemaah-jemaah yang lain. Setiap kali mata saya bertembung dengan jemaah dari Turki ini, merekalah yang akan hulurkan senyuman dulu. Sweet je dorang ni.
Keesokan paginya, kami bangun dengan mood yang tak berapa nak baik. Sebab apa?...Sebab kami kena balik ke Riyadh. 3 hari tersangat lah singkat. Memang tak puas. Tapi kalau nak diikutkan, inilah masa yang paling panjang yang pernah kami stay di Mekkah. Walaupun 3 kali pergi, tapi selalunya kami akan menaiki jalan darat sama ada menaiki bas atau kereta. Waktu kami banyak bazir di perjalanan sahaja. 10 jam pergi, 10 jam balik. Dan hanya satu hari aja boleh luangkan masa di Mekkah. Tapi secara logiknya, stay lah 10 hari, sebulan atau setahun kita takkan pernah puas. Ketenangan dan keindahan yang Allah kurniakan pada setiap hambanya di sana, tidak akan dapat di mana-mana selain Mekkah atau Madinah. Apabila kita pulang ke tanah air kita akan terseksa pula dengan kerinduan untuk kembali ke sana semula. Setiap kali kita lihat gambar Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi, perasaan rindu itu tersangatlah kuat. Sangat menyeksakan.
 |
| The day that we need to say goodbye to Mekkah... |
Pagi itu, kami ke Masjidil haram dan spent masa depan kaabah dan solat sunat. Lebih kurang pukul 10.30 kami pulang ke hotel untuk check out. Kami decide untuk ambil perkhidmatan taxi dari bell boy hotel yang kami jumpa semalam itu. Dia cakap driver ini Saudi tapi very good person. So kami tawakal jelah. Saya tanya hubby slowly dalam arab apa. Dia cakap manalah dia tahu. At least kalau driver saudi kami tu drive laju-laju boleh lah kitorang cakap slowly-slowly dalam bahasa arab. 15 minit tunggu, rupanya driver kami tu memanglah Saudi. Tapi lahir aja kat sini. His dad is Bangladeshi and his mother is Burma. So boleh lah dia cakap Bengali. Lega sikit hati kami. Masuk kereta aja, suami warn dia awal-awal suruh bawak kereta aasti..aasti...(slowly in bengali)...Kitorang tanya dia nama dan asal usul dia. Nama dia Yaakob. Parents dia hijrah ke Mekkah 40 tahun yang lepas. Umur dia sekarang baru 25 tahun. His wife pun dari Burma. Bengali dia pekat sangat. Sampai hubby pun tak faham. Tapi he is very nice. Kami ajak dia datang ke Riyadh bawak anak and famili. Kami bertukar-tukar phone number. It was nice to meet someone which we can rely on whenever we come to Mekkah in future.
 |
panggillah lagi kami ke sini, Ya Allah... semoga umrah kali ini bukanlah umrah yang terakhir buat kami...Aamiin... |
So, that is how we end our Umrah...It was short journey but realllly really meaningful to me. Sepanjang berada di sana, saya mohon pada Allah agar umrah saya ini bukanlah umrah yang terakhir untuk saya dan suami. Dan kurniakanlah juga rezeki untuk kaum keluarga saya, sahabat handai dan umat islam yang lain untuk ke sini. Aamiin. Saya rindu dengan suasana di sana yang tenang, keindahan kaabah, kesesakan orang ramai semasa mengerjakan tawaf, dan saie. Kesesakan orang ramai untuk keluar masuk masjidil haram setiap kali waktu solah mula dan habis. Para jemaah yang berpusu-pusu untuk minum air zam-zam. Para dermawan yang menghulurkan air dan makanan pada jemaah-jemaah yang dhaif di luar masjid. Mereka yang menghulur kurma di pintu masjid untuk disedekahkan pada jemaah-jemaah masjid. Pak arab yang gemar mengutip sampah samada di dalam lif atau di tepi jalan. Indah. Sangat indah suasana itu. Pergilah ke sana untuk rasainya.
 |
Books which my hubby bought from Jeddah airport...seriously we didn't even buy any box of dates ....dia kata kurma ada banyak jual kat Riyadh....
|
Okaylah, saya stop di sini dulu ye. Baru lepas azan maghrib. Lama juga kan saya nak habiskan tulis satu entry. Dari Asar ke Maghrib. Mana tak lama, penat tulis, saya lipat kain baju jap. Sambil upload picture, sambil makan buah jap. Tak ada idea, main game kejap. Memang lah lama.
Anyway, till we meet again My blog!!!
Assalamualaikum.