Saturday, September 28, 2013

She, who doesn't know the meaning of friendship



Kawan datang, kawan pergi...

Berubah status, berubahlah persahabatan itu,
Berubah pangkat, berubahlah kasih sayang itu,
Perkhabaran hanya ditunggu, ditunggu dan terus menunggu,
Akhirnya senyap tanpa khabar berita darimu,
Sekali timbul, telah berubah kehidupanmu

Kini barulah aku mengerti,
Kenapa sahabat senyap selama ini,
Bahagia dia sedang menanti,
Tidak perlu persahabatan lagi...

Esok lusa kami bertemu jua,
Jangan bimbang, akan aku peluk cium mu seperti biasa,
Hati sakit akan aku lupa,
Dengar kau bergelak tawa,
Seperti tiada apa-apa berlaku antara kita

Tidak mengapa, akan aku kenang kisah lama kita,
Susah senang, ketawa menangis bersama,
Aku faham, kau sudah ketemui keluarga bahagia,
Di depan Kaabah akan aku doa kekal selamanya.

Wahai hati, setiap apa yang kau lakukan, belajarlah untuk semata-mata kerana Allah ta'ala...
Lillahi Ta'ala....Lillahi Ta'ala....Lillahi Ta'ala...

( tulisan di atas adalah ketika beremosi, tulisan di bawah adalah ketika emosi stabil)

Seumur hidup, tak pernah tulis puisi bagai ini semua...waktu bercinta pun tak reti nak bermadah- madah...yang pandai, copy n paste ayat dalam internet send kat suami..senang..abis cerita...hari ni tetiba beremosi lebih, itu yang terhasil puisi...tengoklah betapa kuatnya persahabatan sampai si Farah ni yang tak pandai berpuisi boleh pulak berpuisi...dah habis tulis, baca balik...tergelak sakan...tulis tgh ada feel, bila baca rasa tak ada feel langsung...hahahaha....tajuk omputih, isi ke melayu jugak....nasiblah kau Farah...nak berpuisi sangat kan...





No comments: