Monday, October 7, 2013

Is this feeling normal?

Kini, penantian kami dari bulan ke bulan, akhirnya akan berakhir jua. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan olehNya. Masa mengerjakan umrah bulan puasa yang lepas, saya tak putus-putus berdoa di depan kaabah agar dipermudahkan segala urusan pendaftaran dan yang paling penting agar dijemput oleh Allah menjadi tetamuNya pada musim haji tahun ini. Bermacam berita yang kami dengar. Kadar kuota jemaah haji tahun ini akan dikurangkan pada 50% dari penduduk tempatan (dari Saudi) dan 20% dari seluruh negara. Semua agensi di Saudi terpaksa menaikkan harga sehingga 20-30 percent pada kami yang ingin mengerjakan haji. Ini semua bagi menampung kerugian harga yang disebabkan pengurangan kuota jemaah haji. Wallahu A'lam.

Suami saya tunjukkan ayat ini pada saya...
it's very true, indeed...
Surah Al-Imrah (3:159)
Awal tahun lagi kami telah pun memasang niat untuk mengerjakan haji. Saya terus nekad untuk terus tinggal di Riyadh sehinggalah selesai ibadah haji kami. Maknanya 11 bulan akan tinggal di sini. Sedih. Tak dapat balik untuk sambut hari raya dengan keluarga. Keluarga di Malaysia dan India pujuk pulang untuk berhari raya. Tapi kami terpaksa berkorban kerana peluang yang Allah berikan amatlah rugi kalau kami sia-siakan. Kebiasaannya pendaftaran haji akan buka seminggu selepas raya dan kalau boleh memang kami ingin ikut jemaah dari Malaysia. Tapi disebabkan kami memang tak ramai kawan Malaysia di sini dan tiada sumber yang boleh kami rujuk, jadi kami decide untuk pergi sahaja dengan mana-mana agensi dari India atau Pakistan. Pertengahan tahun, barulah kerajaan Saudi announce kuota akan dikurangkan atas sebab pengubahsuaian di Masjidil Haram. Kami tawakal ajalah. Walaupun kadang-kadang terasa seperti tak ada harapan. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan pendaftaran kami. Kami dipertemukan dengan orang-orang Malaysia di sini yang memberi informasi tentang agensi yang biasa bawa jemaah Malaysia. Benarlah ayat Allah dalam Surah Al-Imran:159,"Then, when you have taken a decision, put your trust in Allah. For Allah loves those who put their trust (in Him)"
Kami sudah memasang niat dan tekad untuk mengerjakan haji,  kami berdoa dan tawakal, Alhamdulillah Allah sempurnakan urusan kami...


Final preparation- tulis doa-doa yang dikumpulkan 


all bags are packed!!!
Kami kini hanya menunggu panggilan Allah untuk jadi tetamuNya. Kurang dari seminggu aja lagi untuk kami  ke Mekkah. Ya, Allah selagi tidak jejak kaki ke sana, selagi itulah hati ini terasa sangat nervous. Tengok LIVE Makkah channel pun dah boleh buat hati dup dap dup dap. Banyak kawan-kawan yang post tentang haji dan gambar kaabah di facebook. Mulalah hati terasa nervous. Saya tanya rakan-rakan yang pernah mengerjakan haji, adakah perasaan ini normal? Sungguh. Perasaannya sangat lain. SubhanaAllah. Tak terucap dengan kata-kata. Dan jawab mereka, iya memang perasaan itu normal. Alhamdulillah kami dipertemukan dengan rakan-rakan yang sangat membantu kami sepanjang persiapan haji kami. Terutamanya yang tak putus-putus bagi nasihat pada kami, pesan jangan lupa bawa itu dan ini, yang sentiasa ingatkan kami supaya solat hajat dan taubat sebelum pergi. Tidak lupa juga buat keluarga di Malaysia dan India yang tidak putus-putus mendoakan kami, yang berusaha untuk membuat doa selamat untuk keselamatan kami. Masya Allah, Allah sajalah yang membalas jasa baik kalian semua.

Harapan kami agar perjalanan haji kami dilindungi Allah, sempurna ibadat haji kami, dikurniakan haji yang mabrur, makbulkan doa-doa kami, hapuskan dosa-dosa kami, dan permudahkanlah ibadat kami. Perjalanan haji kami hanya 7 hari tapi impak yang akan kami tempuhi daripada ibadat haji kami ini adalah untuk selama-lamanya.

Till we meet again, my blog!!!

Assalamualaikum....

No comments: