Tuesday, March 5, 2013

West Bengal, India...tanah air suamiku...

Entry kali ini saya ingin tulis mengenai tempat tinggal suami saya,West Bengal, India. Here is a little bit of information regarding this place. West Bengal terletak di bahagian timur India dan sempadan dengan negara Bangladesh. Majoriti penduduk di sini menggunakan bahasa Bangla dalam percakapan seharian mereka. Ianya seakan-akan sama dengan bahasa yang digunakan oleh penduduk Bangladesh. Lebih kurang macam Malaysia dan Indonesia yang menggunakan bahasa yang agak sama.

Salah satu sikap mereka yang saya kagumi adalah mereka sangat peramah dan sangat menghormati tetamu. Walaupun ada di antara mereka yang bukan berasal dari orang yang berharta, tetapi mereka akan cuba seikhlas yang mungkin dalam melayani tetamu mereka. Keikhlasan mereka yang membuat saya sangat-sangat kagum. Mereka tidak akan sekali-kali biarkan tetamu pergi tanpa menjamah makanan walaupun sekeping roti atau segelas air kosong.

Selain itu, orang-orang di sini juga selalunya terkenal dengan sikap suka membaca. Mereka seperti 'ulat buku'. Saya selalu lihat sikap membaca ini dalam diri mereka. Anak-anak saudara suami saya yang bersekolah akan berlumba-lumba hafal puisi-puisi yang mereka belajar. Mereka sangat teruja untuk memperdengarkan bacaan puisi mereka pada kami. Membaca surat khabar adalah amalan wajib bagi mereka tak kira umur. Abang ipar saya sendiri sangat tegas dalam hal ini. Kadang-kadang, dia akan tanya pada anak-anaknya berita-berita penting dalam surat khabar. Kakak ipar saya pula akan bacakan berita-berita di surat khabar kepada ibu mertua saya. Seronok tengok tiap-tiap petang sambil ibu mertua saya menjahit, kakak ipar saya akan duduk di sebelahnya dan bacakan surat khabar untuknya. Ianya seolah-olah menjadi rutin harian mereka. MasyaAllah. Berbeza sungguh dengan cara saya di Malaysia. Arwah ayah selalu marah dengan sikap kami yang langsung tak ambil kisah untuk baca surat khabar. Kalau baca pun, terus ke ruangan hiburan dan intisari rancangan hari ini. THE END. Arwah ayah selalu mengeluh membazir kalau belikan kami surat khabar dan akhirnya arwah ayah decide hanya baca surat khabar free di ofis sahaja. Tak perlu belikan untuk kami....

Many of famous Indian's author or poetic berasal dari West Bengal ini. Contohnya, kalau kamu pernah tengok movie 'Hum dil de chuke sanam', ianya adalah sebuah filem diadaptasi dari novel karya seorang Bengali, Maitreyi Devi, yang bertajuk Na Hanyate. Artis-artis yang saya tahu berasal dari negara ini adalah seperti Kajol, Rani Mukherjee, Bipasha Basu... (femes-femes je lah yang saya tahu...huhuh)

mesti ramai dah tengok movie ni kan....
Selain itu, Kolkata, capital of West Bengal pernah suatu ketika menjadi Capital of India sehinggalah pihak British moved the capital city to Delhi pada tahun 1912. Even lagu kebangsaan India juga sebenarnya berasal dari bahasa  Sanskritised (tatsama) Bengali yang dikarang oleh Rabindranath Tagore, dari West Bengal. Menarik bukan?

ini adalah gambar Howrah Bridge di Kolkata...tak pernah pun ke sana lagi...just google je gambar ni...=)
Jana Gana Mana"[α] (Bengaliজন গণ মনSanskritजन गण मन) is the national anthem ofIndia. Written in highly Sanskritised (TatsamaBengali, it is the first of five stanzas of a Brahmo hymn composed and scored by Nobel laureate Rabindranath Tagore. It was first sung in [1] Calcutta Session of the 


Okay habis dah cerita pasal history...Ya...ya...saya tahu history is boring...so lets go to the interesting part...place  you should go if you are here...well, tempat-tempat tourist di West Bengal yang memang saya nak sangat pergi adalah DARJEELING. Kalau kamu penggemar teh, mesti pernah dengar Darjeeling tea kan. Darjeeling terletak di sebelah utara West Bengal. Jangan tak tahu, tempat ni adalah sebahagian dari UNESCO World Heritage. Memang cantik tempat ni. Kalau di Malaysia ianya seakan-akan Cameron Highland lah. Cuma cuaca dia berganda sejuk dari Cameron Highland. Pernah tengok film Barfi? Ranbir Kapoor movie. The film itself shoot in Darjeeling.

picture taken from google...maybe someday I will share you the real picture of Darjeeling okay...InSya Allah....
kalau ke sana jangan lupa naik this toy-train...dia akan bawa kamu keliling bandar Darjeeling with minimum speed...

Another place which is really interesting to go is Sundarbans. Kalau kamu seorang yang suka pada alam semulajadi, flora dan fauna...this is the right place for you. Tempat ni terbahagi kepada dua bahagian. 81% of this place is actually belongs to Bangladesh and remaining part is belong to West Bengal. Sundarbans juga merupakan sebahagian daripada UNESCO World Heritage Site.  Disini juga terletaknya the biggest reserve for Bengal Tiger dan dikelilingi oleh hutan mangrove yang terbesar di dunia. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Sundarban National Park ini. Contohnya, boat safaris, mangrove tour, Bhagatpur Crocodile Project- crocodile breeding farm atau Sanjakhali Bird Santuary dan banyak lagi.


A beautiful mangrove forest in Sundarban.....


this is what they called as Bengal Tiger...pernah tengok cerita Life of Pi...Pi got trapped in big ocean with 
Bengal tiger

Okaylah, I think its enough giving information (or maybe promoting) on my husband's place....dah macam duta India pulak kan...hehehe...seriously, kalau ada peluang pergilah ke India untuk melancong...bukan sahaja Taj Mahal the only place to visit, banyak lagi tempat-tempat yang menarik...and sekarang Air Asia pun dah banyak fly ke beberapa state di India...yang paling penting my husband's hometown...Kolkata...tak payah susah-susah saya book tiket to Delhi and take train to Kolkata...=)

okaylah till we meet again, My Blog!!!!






No comments: