Purification of heart and soul- I always love this words...
Ia mengingatkan saya agar selalu mengingati Allah. Selalu mendekatkan diri kepada-Nya. Yelah, kita sebagai manusia selalu sangat alpa lebih-lebih lagi dengan perihal dunia ini. Saya akui iman yang ada dalam diri tidaklah sekuat mana. Tapi keinginan untuk sentiasa mencari cahaya itu tidak pernah putus. Cuma mungkin cara saya yang tidak bersungguh-sungguh. Kalau setiap hari saya tetapkan untuk baca quran 2 helai, maka saya akan baca hanya apa yang telah ditetapkan. Dan cara saya baca yang mungkin sekadar untuk memenuhi rutin harian saya sahaja. Saya baca tanpa mendalami maksudnya, tanpa ada getaran debaran/ketakutan dalam hati. Saya ingin cepat-cepat habis supaya saya boleh cepat khatam quran. Lama kelamaan saya sedar ada kekurangan dengan cara saya. Sehinggalah saya baca wall post dari Wardina Safiyyah official page di facebook beliau:-
"Saya sedar bahawa cara untuk merubah diri dan untuk benar-benar berubah, untuk perubahan itu kekal adalah dengan satu cara - iaitu mendekatkan diri dengan Pencipta, dan salah satu cara yang paling utama ialah dgn SOLAT! Tingkatkanlah solat anda, kalau yang tak bersolat, mulakanlah..yang sudah bersolat, tambahlah solat sunat sebelum dan selepas, yang sudah bersolat sunat mari kita buat solat Dhuha, yang sudah, mari bangun tengah malam... Rasailah hati makin bersih dan tenang.."
Maknanya di sini, saya tidak boleh cepat selesa dengan cara ibadat yang saya selalu lakukan. Ya kita harus istiqamah dalam mengerjakan ibadat tapi dalam masa yang sama kita harus mempertingkatkan lagi ibadat kita dari semasa ke semasa. Mungkin dalam kes saya, saya harus mempertingkatkan bacaan quraan setiap waktu solah, dalami maksudnya, menghafal ayat2 quran sebanyak yang boleh. Dan mungkin boleh cuba lakukan solat seperti yang Wardina sarankan. Tak lupa juga memperbanyakkan zikir kepada-Nya. Then only our heart and soul will be purified...betul tak?...In Sya Allah..
Saya akui being a housewife especially without a kid, kalau tidak menggunakan waktu terluang yang ada, tersangat-sangatlah rugi. I need to remind myself that the leisure time is not only to enhance cooking skills, baking cakes, gardening, blogging or facebooking . It should be utilize wisely. I always respect to those carrier women out there yang ada anak sampai 4-5 orang, balik kerja nak kena masak, basuh baju, kemas rumah. Even weekend time yang ada pun mesti full with marketing, teaching the kids, balik kampung etc..etc...etc...mereka mungkin tidak ada masa seperti yang saya ada. so I should take this as advantage or I can say opportunity as much as I can.
Doa saya semoga Allah tetapkan iman dan sentiasa istiqamah dalam usaha mendekatkan diri kepada-Nya. Sebagai hamba-Nya yang telah banyak merasai rezeki yang telah diberikan, saya akui saya sangat malu jika hendak dibandingkan dengan ibadat yang saya kerjakan. Saya tidak ingin mendustakan segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan olehNya.
No comments:
Post a Comment